CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4889|Reply: 0

Bukan kerana 'tangan ghaib'

[Copy link]
Post time 4-3-2024 01:54 PM | Show all posts |Read mode

CHENG Hoe menafikan penghijrahannya sudah diatur. FOTO POLICE TERO FC

Kuala Lumpur: Pengendali baharu Police Tero dari Malaysia, Tan Cheng Hoe menegaskan tindakannya meninggalkan Selangor FC secara mengejut bukan disebabkan arahan sesiapa ataupun dicatur oleh 'tangan ghaib' yang didakwa segelintir pihak.

Jelas bekas ketua jurulatih skuad Harimau Malaya itu, beliau mengakui amat sedih terpaksa berpisah dengan barisan pemain dan pengurusan Red Giants yang disifatkannya sangat dekat dihatinya selepas menabur bakti hampir setahun setengah bersama pasukan itu.

Namun ujarnya, keputusan sukar terpaksa dibuat memandangkan beliau sudah lama memasang impian untuk berkelana di luar negara bagi mengembangkan lagi karier disamping mengutip seberapa banyak pengalaman yang mungkin hanya datang sekali dalam seumur hidup.

"Memang saya ada impian, ada cita-cita yang besar untuk keluar (melatih pasukan luar negara) menggalas tugas sebagai ketua jurulatih untuk mana-mana negara, itu cabaran dan impian buat saya.



"Kalau dapat peluang tersebut saya tidak akan melepaskannya, ini peluang terbaik untuk saya untuk mengembangkan lagi karier saya dan bukan sebab lain (bukan disebabkan tangan ghaib).

"Lagipun saya bukan muda lagi, inilah masa yang sesuai dan tepat. Saya pun rasa sedih juga nak tinggalkan pasukan Selangor, satu pasukan yang saya dah bawa ke tahap yang tinggi dalam bola sepak (berjaya bawa Selangor beraksi di Liga Juara-Juara Asia II).

"Jadi memilih antara kekal di Selangor dan tawaran luar negara cukup sukar, tapi saya percaya ada sesuatu yang saya boleh raih di luar negara dan saya tak mahu sia-siakan peluang ini," katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Mengulas mengenai penampilan sulungnya sebagai jurulatih dalam aksi Liga Thailand yang berkesudahan Police Tero terikat 1-1 dengan Nakhon Pathom semalam, Cheng Hoe akui ia permulaan yang positif buat dirinya bersama kelab itu.

"Saya hanya ada 48 jam bersama pasukan sebaik diumumkan sebagai jurulatih. Jadi keputusan seri dan meraih satu mata ini saya anggap permulaan yang baik selepas kami tak pernah menang sebelum ini dalam tujuh perlawanan liga.

"Banyak lagi kelemahan yang perlu diatasi. Saya juga belum sempat mengenali kesemua pemain dan pemain juga masih belum faham kehendak saya. Jadi dalam tempoh mendatang ini, saya akan cuba bina keyakinan pemain kerana pasukan dalam keadaan tidak stabil," katanya yang diletakkan sasaran memastikan Police Tero tidak jatuh ke divisyen dua musim depan.

Ketika ini, skuad The Silver Shield Dragons itu berada dalam zon penyingkiran apabila menghuni tangga ke-14 daripada 16 pasukan dengan saingan liga masih berbaki 10 aksi untuk ditamatkan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kerana-tangan-ghaib
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.055270 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list