CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7420|Reply: 33

[Tempatan] DBKL roboh jeriji besi halang laluan di kaki lima flat

[Copy link]
Post time 5-3-2024 11:42 AM | Show all posts |Read mode
DBKL roboh jeriji besi halang laluan di kaki lima flat

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -di-kaki-lima-flat/

Oleh AZMI NORDIN
5 Mac 2024, 10:41 am


Petugas DBKL menanggalkan jeriji besi yang menghalang laluan awam di sebuah Flat di Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memotong dan merobohkan struktur besi yang menghalang laluan di sebuah flat di Seksyen 2, Wangsa Maju di sini, semalam.

Ia susulan pemilik kediaman yang sudah diberi amaran dan diminta membuka sendiri struktur binaan besi yang dibuat tanpa kelulusan, namun tetap berdegil sehingga menyusahkan penduduk lain.

DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya menjalankan Operasi Bersepadu Memotong dan Merobohkan Struktur Besi di lokasi berkenaan menerusi Jabatan Penguatkuasaan.

“Ia dilakukan dengan kerjasama Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal (JKME), Jabatan Kawalan Bangunan dan Pejabat Cawangan Wangsa Maju serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Operasi khas itu dijalankan selepas pemilik kediaman gagal mematuhi notis penguatkuasaan dikeluarkan pada 10 Januari lalu untuk membuka sendiri struktur besi yang dibina,” katanya.

DBKL berkata, pihaknya sudah merobohkan struktur besi yang dipasang tanpa kelulusan dan membuat halangan laluan koridor awam di kediaman itu.

“Ia adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 46, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Sisa struktur besi pula dipindahkan ke Stor JKME, Jalan Cheras, di sini, untuk tindakan lanjut dan dokumentasi proses pelupusan,” katanya.

Menurutnya, operasi berjalan lancar dengan kerjasama erat daripadasemua pihak yang terbabit.

“DBKL akan meneruskan tindakan sama di lokasi lain selepas ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 11:57 AM | Show all posts
acah2 rumah corner lot! hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 12:12 PM | Show all posts
bagus dbkl dh amik tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah
Dah nampak beberapa agensi yang aktif lakukan serbuan
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
rumah cina neh hjg skali ke pastu dia boh grille ala2 tu koridor dia sorg??
terpaling sgt...beli corner lot landed laa
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
lambat jugak ye bukak ni da bln 3
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2024 01:07 PM | Show all posts
tindakan yang baik dan bagus
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
harap tindakan lebih tegas kpd yg melanggar peraturan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 01:24 PM | Show all posts
Bagusla dah jalankan tugas.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 01:40 PM | Show all posts
tu  lehenet owner baju pink sebok ambik gmbr/video nak kasi viral le tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 01:59 PM | Show all posts
Owner flat extend tepi 3 tingkat selera T20 dah boleh start ketaq lutut.
Wangsa Maju dengan Keramat tak jauh dah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Owner lega kot...kalau tak dia kena bear the cost nak buang benda tu. Tp.....ka nsnti dbkl hantar bil kat dia?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 02:07 PM | Show all posts
pihak kerajaan kena tegas dgn rakyat, tidak korupsi berleluasa
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 02:08 PM | Show all posts
reddots replied at 5-3-2024 01:40 PM
tu  lehenet owner baju pink sebok ambik gmbr/video nak kasi viral le tu

Tulah. Iolss baru nak cakap menda sama. Nanti dapat viralkan sambil berteriak dakulah mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ahriman at 5-3-2024 02:17 PM

Selalu Chinese kiasu kan perangai gini.
Klau melayu dia renovate tambah bilik.cop parking.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 02:16 PM | Show all posts
Dah viral sambil tunjuk kat oku, nanti DBKL datang pasang balik grill.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 02:21 PM | Show all posts
ok dah bole start buat keje robohkan mana2 building yg viral2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
perangai mcm lahanat
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo xviral tadernye nk p cabut.
Dok garu teloq ja masing².
Patot menda gini xyah warning², naik ja grill teruih mai cabut.
Mmg tadak yg berani reno ikot tembolok.
Ini wat reja skali pahat skali nk grk.
Xikhlas lgsung.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Serabutnya rumah ahso ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.076919 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list