CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8913|Reply: 7

[Dunia] Menteri Pertama Scotland, Humza Yousaf ambil cuti paterniti

  [Copy link]
Post time 5-3-2024 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Humza Yousaf (kanan) bersama isterinya, Nadia El-Nakla, anak perempuannya, Amal serta anak tiri, Maya. - Gambar REUTERS

MENTERI Pertama Soctland, Humza Yousaf akan mengambil cuti paterniti untuk memberi sokongan kepada isterinya yang dijangka melahirkan cahaya mata mereka pada Julai depan.

Minggu lalu, Humza mengumumkan isterinya, Nadia El-Nakla sedang hamil.

Humza juga akan menjadi menteri pertama yang akan menyambut kelahiran cahaya mata semasa memegang jawatan.


Beliau berpendapat, adalah penting untuk menunjukkan contoh bahawa tidak ada "pertentangan" dalam menjadi ibu bapa sekali gus memegang peranan kepimpinan utama.

Pasangan itu sebelum ini mempunyai seorang anak perempuan, Amal yang berusia empat tahun.
Nadia juga mempunyai soernag anak perempuan, Maya, 14, hasil perkahwinan pertamanya.

Bercakap kepada wartawan di Dumfries dan Galloway, Humza mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengirim ucapan tahniah buat beliau dan isterinya.
Dalam masa sama, Menteri Pertama Scotland itu mengakui, beliau dan isterinya "teruja dan sedikit ketakutan" untuk menerima kehadiran bayi itu.

"Saya pasti akan mengambil cuti paterniti. Saya sentiasa berhasrat untuk bersama-sama kedua-dua anak perempuan saya pada setiap masa… untuk menjadi bapa yang bertanggungjawab dan sebagai suami yang menyokong isterinya dengan sebaik yang saya mungkin.”

Humza bukan satu-satunya anggota kerajaan Scotland yang akan mengambil cuti ibu bapa tahun ini.

Sebaliknya, Setiausaha Ekonomi, Màiri McAllan baru-baru ini juga mengumumkan beliau juga sedang menanti kelahiran anak sulungnya pada musim panas.
Menurut Humza, kerajaan Scotland "menunjukkan contoh" berhubung kepentingan keluarga dan keseimbangan kerja.

"Saya fikir ia adalah penting, sama ada berita indah yang diterima oleh Màiri McAllan dari segi ketibaan cahaya mata baharu, atau sama ada berita saya sendiri.

“Tidak kira apa jawatan anda dan betapa sibuknya pekerjaan anda, bahawa ia sangat penting untuk menunjukkan contoh yang anda boleh… sudah tentu, mempunyai keluarga sementara masih berada dalam tanggungjawab kepimpinan yang penting.

"Saya tidak nampak percanggahan antara kedua-duanya. Tugas pertama dan keutamaan saya bukan sekadar menjadi Menteri Pertama tetapi juga memastikan bahawa saya juga seorang bapa kepada anak-anak saya,” kata Humza lagi.
Humza layak mengambil cuti paterniti sehingga dua minggu sebaik sahaja anaknya dilahirkan. - Agensi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 06:41 PM | Show all posts
Acah2 loving family man, bila bab cuti paterniti

Dia nih supporter kuat gerakan sumbat jantan2 transgender perogol dlm jail pompuan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 10:42 PM | Show all posts
apa pentingnya ini jadi berita
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 10:42 PM | Show all posts
Humza Haroon Yousaf (lahir 7 April 1985) ialah ahli politik Scotland yang merupakan pemimpin Parti Kebangsaan Scotland (SNP) dan Menteri Pertama Scotland semenjak bulan Mac 2023.

Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai setiausaha keadilan di bawah Menteri Pertama Nicola Sturgeon dari 2018 hingga 2021 dan kemudian sebagai setiausaha kesihatan dari 2021 sehingga 2023.

Beliau merupakan ahli Parlimen Scotland (MSP) untuk kawasan Glasgow Pollok sejak 2016, dan sebelumnya mewakili rantau Glasgow dari 2011 hingga 2016.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 10:43 PM | Show all posts
Born to Pakistani immigrants in Glasgow, Yousaf studied politics at the University of Glasgow, before working as a parliamentary assistant for Bashir Ahmad, the first Muslim and second generation immigrant elected to the Scottish Parliament.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 10:45 PM | Show all posts
Humza Haroon Yousaf was born in Rutherglen Maternity Hospital in Rutherglen, South Lanarkshire on 7 April 1985.[5][6][7]

He is son of first-generation Pakistani Punjabi Muslim immigrants: his father Mian Muzaffar Yousaf Arain was born in Mian Channu, Punjab, Pakistan, and emigrated from the city with his family in the 1960s, eventually working as an accountant.[8] [9]

His paternal grandfather worked in the Singer sewing machine factory in Clydebank in the 1960s.[10] Yousaf's mother, Shaaista Bhutta, was born in Nairobi, Kenya, to a family of Pakistani-Punjabi descent.[11][10]

Due to their non-African background, her family was regularly harassed and occasionally assaulted: following an incident where her mother was attacked with an axe, they emigrated to Scotland
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2024 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa maknanya?

Semua Menteri2 diorang sebelum ni bujang2 lapok atau andropause semua ke macamana?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 10:20 PM | Show all posts
Tahniah diucapkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.057282 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list