CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6712|Reply: 0

[Kelantan] Kelantan cadang bina jambatan di benteng PLSB Sungai Golok yang pecah

[Copy link]
Post time 5-3-2024 01:58 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video memaparkan benteng Projek PLSB Sungai Golok di Kampung Lanchang, Rantau Panjang yang pecah pada 26 Disember lalu.

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan memberi cadangan untuk membina jambatan di kawasan benteng Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kampung Lanchang, Rantau Panjang dekat sini yang pecah semasa musim tengkujuh, Disember lalu.

Pengerusi Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Dr. Izani Husin berkata, cadangan tersebut telah dikemukakan semasa lawatan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ke lokasi tersebut sebelum ini.

“Pembinaan jambatan itu dijangka akan mempercepatkan aliran air keluar berbanding pembinaan terowong.

“Jadi, kita serah kepada pihak menteri dan golongan profesional mengkaji pelaksanaan pembinaan benteng di negeri ini,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Kamaruzaman Mohamad (Gual Periok-Pas) pada Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Yang Ke-15, Tahun 2024 di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini

Izani yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang memberitahu, kerajaan negeri telah mengambil maklum masalah banjir yang sering melanda kawasan Rantau Panjang.

Katanya, susulan itu, pihaknya mencadangkan pembinaan alur limpah di kawasan iaitu Kampung Tok Sangkut, Tok Derpah dan Lancang bagi memastikan aliran keluar air lebih lancar.

“Selain mengurangkan banjir di Rantau Panjang, pembinaan alur limpah itu mampu menggelakkan kerosakan ke atas ban di Sungai Lemal-Lancang yang boleh menyebabkan kerugian kepada penduduk setiap kali banjir.

“Projek itu perlu dilaksanakan segera supaya dapat mengurangkan beban kapasiti air Sungai Lemal-Lancang sekali gus membolehkan air surut dengan cepat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... i-golok-yang-pecah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.240288 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list