CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5930|Reply: 7

[Tempatan] Dewan Rakyat kecoh, MP Maran kaitkan kampung baru Cina dengan komunis

[Copy link]
Post time 5-3-2024 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Dewan kecoh MP Maran kaitkan kampung baru Cina dengan komunis

https://www.bharian.com.my/berit ... cina-dengan-komunis

Oleh Latifah Arifin - Mac 5, 2024 @ 3:09pm
[email protected]


Situasi kecoh ketika beberapa Ahli Parlimen bangkit selepas Ismail mengaitkan kampung baru Cina dengan komunis ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR: Sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat petang ini kecoh seketika susulan pertikaman lidah membabitkan beberapa Ahli Parlimen susulan kenyataan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) yang didakwa mengaitkan kaum Cina dengan perjuangan Komunis.

Dalam perbahasannya, Ismail mempersoalkan kewajaran cadangan menjadikan kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

"Saya ingin suarakan mengenai cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk jadikan kampung baru Cina sebagai Tapak Warisan UNESCO. Apa rasionalnya?

"Sejarah kampung baru Cina adalah hasil daripada langkah tindakan komunis mengganggu negara kita. Kalau jadikan ia sebagai tapak warisan, maka kita bersetuju mengiktiraf perjuangan Komunis yang juga sejarah hitam negara," katanya.

Susulan kenyataan berkenaan, seorang Ahli Parlimen blok kerajaan, RSN Rayer (PH-Jelutong) tampil mencelah dan mendakwa Ismail mengeluarkan kenyataan yang sensitif dan menyinggung perasaan kaum Cina.

"Mengikut Peraturan Mesyuarat 36 (9) C, Yang Berhormat Maran telah bangkitkan isu perkampungan Cina dan pada masa sama telah keluarkan kenyataan berkenaan Komunis.

"Apa kaitan perkampungan Cina dengan Komunis. Ini adalah perkataan yang menimbulkan perasaan sakit hati atau bermusuhan antara satu kaum dengan kaum lain.

"Saya minta tarik balik dan minta maaf kerana ini menghina orang Cina, perkampungan Cina," katanya.

Keadaan terus kecoh apabila Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) pula bangkit mendakwa Ismail sengaja memutarbelitkan fakta sejarah.

"Orang Cina jadi mangsa, rumah mereka dirobohkan secara paksa, kemudian ditahan di tempat kurungan British.


Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat.

"Kenyataan Maran sangat menyinggung perasaan orang Cina. Jangan putar belitkan sejarah," katanya.

Pertikaman lidah berlanjutan lebih 15 minit, malah arahan Timbalan Speaker, Alice Lau yang meminta Ahli Parlimen lain duduk dan Ismail menarik balik kenyataannya tidak diendahkan.

Situasi bertambah kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen lain turut bangkit serentak.

Antaranya, Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang).

Bagaimanapun, keadaan reda selepas Timbalan Speaker sekali lagi menggesa Ismail menarik balik kenyataan terbabit.

"Kalau ada perkataan saya yang mengguris perasaan, saya tarik balik. Saya hanya menceritakan semula sejarah, bukan saja orang Cina, tetapi orang Melayu pun dibunuh (Komunis)," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mencadangkan kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah perkampungan itu yang diasaskan sejak 76 tahun lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebenaran dan masih wujud lagi. Kalau yg tau, area maran, ade tempat panggil tong kiat, xtau apesal panggil nama tu. Siap dpt tanah atau depa just buke penempatan diam2 dan minta tanah tu.harap xdpt le. Senang2 je. Org melayu kt felda nak dpt tanah kene usaha kot. Walaupun warga forum asyik sebut felda pprt, org felda at least xhina la, tanah tu diusahakan, bayar monthly baru dpt. Bukan main ambil mcm warga komunos israhell
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang complaint bangsa dia ni tak baca sejarah ke komunis ni banyak bangsa apa and kampung baru ni dibuat sebab apa??? Kaduk naik junjung betul nak hilangkan sejarah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang dipertua kenapa muka mcm kartun?


Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
felinecat replied at 5-3-2024 06:26 PM
Kebenaran dan masih wujud lagi. Kalau yg tau, area maran, ade tempat panggil tong kiat, xtau apesal  ...

Iols tau sbb mil selalu nk beli doyan kat tong kiat tu
Btw tanah felda tu sampai 99 tahun je lepas tu maybe felda amik balik
Sbb tu la takleh alih or jual tanah felda tu walau ada geran.

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 6-3-2024 12:03 AM

Btw iols takleh la bila nmpk tok mail ni sbb selama ni berpenggal2 jd mp umno kat maran tu tup2 nama tak tercalon masa pru lepas igtkan ok2 je bg laluan kat org lain.
Tup2 Last minute sblm hari penamaan calon tiba2 dia umum masuk bertanding atas tiket PN
So dia menang lg dan masih jd MP parlimen utk penggal yg seterusnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2024 10:23 AM | Show all posts
mmg penempatan utk kawal komunis..hakikat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 01:46 PM | Show all posts
memang penempatan semula kaum cina disebabkan darurat komunis. dan cina tongkang memang kuat fahaman dan pengaruh komunis. kini meresapi ke anak cucu yg juga tak sedar diri di mana mereka berpijak skrg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.057122 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list