CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4126|Reply: 0

[Johor] Kelindan lori tak mengaku cabul anak tiri

[Copy link]
Post time 5-3-2024 06:37 PM | Show all posts |Read mode

Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen selepas mahkamah menolak ikat jamin pertuduhan amang seksual fizikal terhadap anak tiri. - Foto NSTP/Alias Abd Rani

MUAR: Seorang kelindan lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya bulan lalu.

Tertuduh berusia 35 tahun dan baru lima bulan berkahwin dengan ibu mangsa, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap anak tirinya berusia 10 tahun di sebuah rumah di Parit Sulong, Batu Pahat, jam 10.20 malam, 24 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama, hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.


Bagi Seksyen 16 (1) pula, tertuduh boleh dikenakan hukuman tambahan iaitu penjara sehingga lima tahun dan sebatan tidak kurang dua kali.

Berdasarkan laporan, kejadian berlaku di rumah ibu mangsa ketika semua ahli keluarganya tiada.

Tertuduh yang berkahwin dengan ibu mangsa September tahun lalu, didakwa melakukan perbuatan itu selain turut meminta mangsa tidak menceritakan kepada sesiapapun.

Namun, mangsa menceritakan kejadian itu kepada rakannya sebelum memberitahu penduduk di kawasannya, yang kemudiannya membuat laporan polis.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh memandangkan mangsa dengan lelaki itu masih tinggal sebumbung.

"Atas faktor keselamatan dan ada kemungkinan perkara sama berulang terhadap mangsa, pihak pendakwaan memohon mahkamah mempertimbangkan agar tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin," katanya.

Selepas mendengar hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan tiada tawaran ikat jamin diberikan terhadap tertuduh.

Mahkamah juga menetapkan 4 April ini untuk sebutan semula kes selain serahan dokumen dan juga lantikan peguam tertuduh.
https://www.bharian.com.my/berit ... aku-cabul-anak-tiri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.055417 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list