View: 12461|Reply: 0
|
EPL: Isyarat keinginan besar Arsenal
[Copy link]
|
|
ARSENAL mencatat kemenangan besar ke atas Sheffield untuk merapatkan jurang mata dengan dua pasukan teratas, Liverpool dan City. - AFP
SHEFFIELD – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menggambarkan kemenangan besar 6-0 ke atas Sheffield United awal pagi semalam adalah aksi yang paling sempurna dipamerkan pasukannya itu sekali gus meneruskan usaha memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
The Gunners menepati ramalan apabila menguasai permainan seawal minit pertama, malah mereka mendahului dengan tiga gol dalam tempoh 13 minit menerusi Martin Odegaard, jaringan sendiri, Jayden Bogle dan Gabriel Martinelli.
Arsenal kemudian menambah dua lagi gol menerusi Kai Havertz dan Declan Rice sebelum babak pertama berakhir dan Ben White menutup malam cemerlang mereka menerusi gol pada minit ke-58.
“Ia malam yang hebat. Cara kami bermula agak berbeza, kami sangat agresif dan positif selain berjaya mempamerkan kualiti terutama di bahagian terakhir kawasan lawan sekali gus memberikan kami kelebihan.
“Kemudian kami mengekalkan rentak, kekal menunjukkan keinginan besar kami memburu kemenangan dan jaringan. Inilah antara perkara yang saya sangat suka mengenai pasukan ini,” katanya.
Bagaimanapun, Arteta memberi amaran kepada para pemainnya bahawa mereka tidak mampu untuk keciciran sebarang mata pada peringkat ini sekiranya mahu memburu kejuaraan EPL selepas gagal melakukannya pada musim lalu.
“Ia isyarat yang baik apabila kami menjaringkan banyak gol dan tanpa bolos, tetapi kami perlu menang semua perlawanan bermula sekarang sehingga penghujung musim.
“Itu adalah cara dilakukan oleh dua pasukan di atas kami (Liverpool dan Manchester City) yang mereka amalkan sejak beberapa musim lalu dan kami perlu juga melakukannya sekarang,” jelasnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... inan-besar-arsenal/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|