CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21345|Reply: 0

[Sarawak] Lembah Limbang dikenal pasti kawasan pengeluaran padi berteknologi moden: Abang Johari

[Copy link]
Post time 7-3-2024 09:29 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari disaksikan (dari tiga kiri) Dr Abdul Rahman, Misnu, Awang Tengah, Dr Abdul Rahman Junaidi dan Hasbi merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Ke-63 di Dewan Suarah Limbang, malam Rabu.

LIMBANG: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Lembah Limbang dikenal pasti sebagai satu lagi kawasan pengeluaran padi di Sarawak yang akan menggunakan teknologi moden.

"Kami telah berbincang dalam pertemuan dan rundingan kita kenal pasti lembah Limbang dari dulu sebagai kawasan pengeluaran padi berkualiti, begitu juga dengan kawasan lain.

"Kita mesti bekerjasama dengan pakar dalam al-Quran yang menyebut mesti ada kesesuaian ilmu bagi orang yang berilmu dan para pentadbir, (justeru) hasil kerjasama dengan orang yang berilmu, di Simunjan padi boleh dikeluarkan dalam masa 24 bulan lima musim dan menghasilkan satu hektar lapan tan, berbanding sekarang hanya 1.2 tan," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Ke-63 di Dewan Suarah Limbang, malam Rabu.

Turut hadir, isteri Abang Johari Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha dan kenamaan lain.

Abang Johari berkata, kerajaan Sarawak menuju ke arah era baharu untuk menyelesaikan masalah perubahan iklim disebabkan oleh pengeluaran karbon dengan menghasilkan tenaga hijau yang boleh diperbaharui daripada air.

"Inilah yang dilaksanakan kerajaan Sarawak dan apabila kita mempunyai ekosistem yang baharu, kita menumpukan apa yang diperlukan manusia ialah tenaga untuk kita menjayakan pembangunan ekonomi kita," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, beliau menggesa umat Islam mengukuhkan perpaduan dan meningkatkan ilmu kerana ia penting bagi umat Islam memperkukuh kerjasama dan meningkatlan kemahiran dan kepakaran.

"Kita melatih anak-anak Islam dan pegawai dihantar ke Oxford, England, mereka mempunyai kemudahan cara hidup di barat dan timur, memajukan masyarakat Islam sejajar dengan konsep Sarawak yang maju dan makmur," katanya.

Ujar beliau lagi, Sarawak mempunyai pendekatan mengurus yang baik yang menyaksikan negeri ini dibangunkan oleh pemimpin lepas dan diteruskan oleh pemimpin sekarang yang membawa kepada perubahan ekonomi dan iklim.

Katanya lagi, masa depan ditentukan generasi muda dengan memanfaatkan masa yang ada, sekali gus menjadikan pegangan Islam untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat terutama di Sarawak yang berbilang kaum dan agama.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.511707 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list