CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7250|Reply: 0

Enam tahun bercinta, Chris Martin dan Dakota Johnson sudah bertunang

[Copy link]
Post time 8-3-2024 11:51 AM | Show all posts |Read mode

Chris dan Dakota sudah bertunang secara rasmi.

SELEPAS enam tahun menyulam cinta, vokalis kumpulan Coldplay iaitu Chris Martin akhirnya mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya iaitu pelakon Dakota Johnson.

Menurut sumber, pasangan tersebut sudah bertunang sebelum ini namun merahsiakan berita pertunangan itu.

Mirror melaporkan, aktres filem 50 Shades of Grey itu sebelum ini dilihat menggayakan busana hijau zamrud dengan menyarung cincin pertunangan sewaktu meraikan ulang tahun kelahiran ke-34 di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Oktober tahun lalu.



Chris dan Dakota sudah enam tahun bercinta.

Bercakap soal bakal menjadi ibu tiri kepada anak-anak Chris iaitu Apple dan Moses, menerusi satu temu bual bersama Bustle Magazine, Dakota mengakui teruja untuk merasai pengalaman menjadi seorang ibu.

"Saya sangat sayangkan kanak-kanak dan kehidupan saya juga bergantung kepada mereka. Saya terbuka untuk bergelar seorang ibu.



"Sekiranya saya berpeluang menjadi ibu, saya sanggup lakukan apa sahaja untuk anak-anak," katanya.

Untuk rekod, Chris dan Gwyneth mendirikan rumah tangga pada Disember 2003, namun hubungan mereka berakhir pada 2014 dan secara rasmi bercerai pada 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Apple Blythe Alison Martin, 20, dan Moses Martin, 18 tahun.

Dakota dan Chris bertemu pada 2017, setahun selepas berpisah dengan Gwyneth.

Hubungan cinta antara Chris dan Dakota juga dikatakan mendapat restu bekas bekas isteri dan anak-anak mereka, Apple dan Moses.

https://www.mstar.com.my/spotlig ... son-sudah-bertunang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.056711 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list