CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6593|Reply: 0

Qatar dipilih GP Terbaik 2023

[Copy link]
Post time 8-3-2024 12:19 PM | Show all posts |Read mode

PELUMBA MotoGP melayan selekoh di Litar Lusail. FOTO Agensi

Abu Dhabi: Menjelang perlumbaan pembuka musim MotoGP Ahad ini, kejohanan di Qatar dipilih sebagai Grand Prix (GP) Terbaik 2023 oleh persatuan pasukan (IRTA).

"Kami gembira menyampaikan trofi Grand Prix Terbaik 2023 kepada Qatar, ia memang berhak diberi pengiktirafan," kata Presiden IRTA Hervé Poncharal, semalam.

"Seperti yang disaksikan semua orang, kedua-duanya sama ada di trek dan menontonnya di serata dunia, mereka cemerlang melakukan tugas dengan mewujudkan fasiliti baharu dan pengubahsuaian. Lusail adalah tanda aras baru kepada kalendar MotoGP."

Walaupun susun aturnya kekal tidak berubah, Litar Lusail dan kemudahannya diubahsuai tahun lalu sekali gus mendapat pujian daripada pelumba dan kru pasukan mereka.


"Ketika kami kembali ke Qatar musim lalu (November), saya fikir reaksi daripada semua orang di paddock adalah 'wow', kata CEO Dorna Carmelo Ezpeleta. "Kerja yang mereka lalukan sangat bagus dan itu sudah cukup untuk mendapat pengiktirafan.

"Tetapi ia hanya sebahagian daripada cerita hebat. Banyak lagi alasan mengapa mereka berhak memenangi anugerah itu tahun ini. Tahniah kepada semua orang yang menyumbang tenaga sehingga Qatar dipilih Grand Prix Terbaik 2023."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... lih-gp-terbaik-2023
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.052905 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list