CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1659|Reply: 0

[Sarawak] Tayar lori tangki terbakar, pemandu selamat

[Copy link]
Post time 8-3-2024 09:56 PM | Show all posts |Read mode


Sebuah lori tangki terjejas apabila bahagian tayarnya terbakar.

MIRI: Seorang pemandu lori tangki mengalami detik cemas apabila tayar lori yang dipandunya itu terbakar di Kilometer 812.7 Jalan Pan Borneo, Miri-Bintulu, dekat sini petang pada Khamis.

Ketua Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian kebakaran itu kira-kira jam 3.50 petang.

“Sepasukan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sekitar 40 kilometer dari balai.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan bahagian tayar sebuah lori tangki yang tidak membawa muatan di mana lori tersebut sedang dalam perjalanan dari Bekenu menghala ke Bintulu.

“Kebakaran tidak melibatkan sebarang kehilangan jiwa kerana pemandu lori didapati selamat setelah berjaya keluar dengan sendiri daripada lori berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.


Anggota bomba berusaha memadamkan api pada bahagian tayar lori tangki berkenaan.

Awangku Mohd Hazmin berkata pasukan bomba kemudiannya melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan dua aliran dua nozel air dari tangki jentera bomba.

“Api dapat dikawal kira-kira jam 4.33 petang dan berjaya dipadamkan sepenuhnya.

“Setelah memastikan keadaan di lokasi benar-benar selamat, operasi ditamatkan pada jam 5.37 petang,” ujarnya.

Beliau berkata punca sebenar kebakaran terbabit masih dalam siasatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.562390 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list