Pang (tiga kiri) bersama pihak penganjur merasmikan Kursus Kemahiran Kepimpinan Penting: Pendekatan Amalan untuk Pemimpin Kejururawatan @ Persatuan Profesional Kejururawatan Sarawak (SNPA) Cawangan Bintulu.
BINTULU: Kursus Kemahiran Kepimpinan Penting: Pendekatan Amalan untuk Pemimpin Kejururawatan @ Persatuan Profesional Kejururawatan Sarawak (SNPA) Cawangan Bintulu telah diadakan di sini untuk para jururawat.
Kursus tersebut berlangsung pada Khamis dan bakal berakhir hari ini di sebuah hotel di sini.
Perasmian kursus tersebut telah disempurna Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang pada Khamis.
Kursus tersebut bertujuan untuk memantapkan kemahiran kepimpinan jururawat dalam urusan berkaitan.
|