CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16386|Reply: 0

Jaga identiti pemberi maklumat - Mohd Shuhaily

[Copy link]
Post time 9-3-2024 04:35 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Shuhaily ketika berucap pada Program Libat Urus Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Bersama Masyarakat di Dewan Komuniti TTDI, Kuala Lumpur. FOTO Hairul Anuar Rahim

Kuala Lumpur: Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan untuk menjaga sensitiviti dan kerahsiaan pemberi maklumat, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Beliau berkata, satu perbincangan akan dilakukan terhadap timbalannya dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) mengenai isu kebocoran maklumat pengadu.

Menurutnya, aduan yang dibangkitkan akan diterima dan dibaiki bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi di seluruh negara.

"Kurang kepekaan kami dalam memelihara kerahsiaan dan maklumat apabila panggil suspek dan pengadu pada hari yang sama.



"Hari ini, semua peringkat ada termasuk Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD). Kalau mereka datang main telefon, baik tak payah. Mereka ini yang akan jaga perihal siasatan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan yang dibangkitkan orang awam yang hadir dalam sesi Libat Urus Pengarah JSJ bersama masyarakat di Dewan Pusat Komuniti TTDI di sini hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, tahap kepercayaan masyarakat kepada PDRM perlu diperbaiki bagi memastikan masyarakat dapat berkongsi maklumat mengenai jenayah di tempat mereka.

Katanya, sesi libat urus di antara JSJ dan masyarakat telah membuka mata pegawai kanan termasuk Ketua Polis Daerah (KPD), Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) mengenai masalah yang berlaku di kawasan mereka.

"Saya hanya orang tengah kepada apa yang dihasratkan Ketua Polis Negara dan pucuk pimpinan PDRM dengan masyarakat.

"Tampuk kepimpinan yang ada akan memberi tumpuan yang lebih terhadap masalah yang dibangkitkan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lumat-mohd-shuhaily
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.055808 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list