CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4308|Reply: 0

Tiga pegawai, anggota TUDM naik pangkat Posthumous

[Copy link]
Post time 10-3-2024 03:19 PM | Show all posts |Read mode

Penyerahan cek tuntutan kematian Skim Takaful Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia (STBATM) kepada balu Mohamad Izham.

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja (TUDM) memberi penganugerahan pangkat secara Posthumous kepada dua pegawai dan seorang anggotanya yang terkorban semasa menjalankan tugas menerusi Majlis Penyerahan Cek Tuntutan Kematian Skim Takaful Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia (STBATM) dan Majlis Penganugerahan Pangkat Secara Posthumous di Markas Tentera Udara, Wisma Pertahanan, di sini, 7 Mac lalu.

Majlis berkenaan disempurnakan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan dan anugerah diserahkan kepada waris dua pegawai dan seorang anggota TUDM.

Menurut kenyataan TUDM, penganugerahan pangkat secara Posthumous diberikan kepada Allahyarham Mejar Mohamad Izham Ibrahim yang dinaikkan pangkat Leftenan Kolonel; Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang dinaikkan pangkat Mejar dan Allahyarham Koperal Udara Mohd Syuib Bidin dinaikkan pangkat Sarjan Udara.

Katanya, penganugerahan pangkat telah disampaikan kepada waris-waris iaitu Norshakila Mohamad Ghazali (balu kepada Allahyarham Mejar Mohamad Izham), Nurul Izzati Shaari (balu kepada Allahyarham Kapten Mohamad Affendi) dan Nur Faziera Izam (balu kepada Allahyarham Koperal Udara Mohd Syuib.

“Sebelum itu, turut berlangsung penyerahan Cek STBATM kepada balu Allahyarham Mejar Mohamad Izham yang maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kampung Melayu, Subang, Selangor ketika dalam perjalanan pulang dari tempat bertugas ke kediamannya pada 12 Jun lalu.

“Sepanjang 23 tahun perkhidmatan, beliau pernah berkhidmat sebagai juruterbang pesawat helikopter Nuri di beberapa buah skuadron penerbangan selain dari jurulatih penerbangan di Institut Penerbangan 2 Kolej Tentera Udara dan Timbalan Ketua Tim Projek Perolehan Helikopter Pelbagai Guna di Markas Tentera Udara,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Allahyarham Kapten Mohamad Affendi adalah merupakan juruterbang dari No 6 Skuadron yang terkorban dalam insiden kemalangan pesawat Hawk 108 di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang pada 16 November 2021.

Seterusnya, Allahyarham Koperal Udara Mohd Syuib pula terkorban ketika Latihan Menembak Senjata Bantuan dan Bom Lempar di lapang sasar Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan pada Jun tahun lalu.

Jelas TUDM, penganugerahan kenaikan itu adalah merupakan satu tanda penghargaan kepada para pegawai dan anggota TUDM yang telah meninggal dunia ketika bertugas di atas kecemerlangan serta sumbangan bakti sepanjang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya TUDM.

“Penghargaan seumpama ini juga menzahirkan keprihatinan serta tanggungjawab organisasi dan pucuk pimpinan TUDM secara berterusan terhadap kebajikan warganya termasuk waris-waris pegawai serta anggotanya yang telah meninggal dunia,” ujarnya.

Turut hadir,, Asisten Ketua Staf Operasi dan Strategi, Mejar Jeneral Datuk Haji Saharuddin Mansor, Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Mejar Jeneral Datuk Muhammad Tarminzi Haji Mustapha, Asisten Ketua Staf Kejuruteraan, Mejar Jeneral Hishammuddin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi ATM Berhad, Mohamad Khairul Anuar Mohamed dan barisan pegawai kanan. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... pangkat-posthumous/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.059781 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list