|
★~The Others Clan~Kembara Alam Sakti~★ Legendry
[Copy link]
|
|
RUMAH MISTERI KAJANG
Salam
Edisi kali ini sangat istimewa buat kami kerana edisi ini turut disertai oleh crew penggambaran dari MOB TV.
hmm sebenarnya, Mob Tv meminta kepada kami untuk membuat rakaman tentang aktiviti the others, untuk disiarkan di mobtv.my - sebuah web tv yg akan dilancarkan pada Jun 2011.
(saksikan rakaman Rumah Misteri Kajang didalam rancangan 30 Minit di laman web MobTv.my)
Kami menerima lamaran itu sebagai suatu penghargaan kepada The Others. Jadi kami bersama-sama En. Nizam, VJ dari Mob TV merancang bersama-sama untuk menjayakan rancangan ini.
Lokasi
Setelah berminggu-minggu merancang dan membuat survey kami masih gagal untuk mengenalpasti lokasi yg sesuai untuk membuat penggambaran dan banyak juga faktor-faktor lain untuk kami fikirkan dahulu. Namun setelah meminta bantuan dari followers kami, kami berjaya mendapatkan lokasi sebuah rumah di Kajang, Selangor.
Nama rumah tersebut telah diubah oleh kami demi melindungi kepentingan individu-individu tertentu. Oleh itu baiklah kami panggilnya sebagai Rumah Misteri Kajang.
Misteri di lokasi tersebut sentiasa sama sahaja dengan lokasi-lokasi lain. Penampakkan lembaga-lembaga misteri dan bunyi-bunyian yang menyeramkan selain reputasi rumah dan cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut.
Jadi The Others ke sana untuk melihat dan merasai misteri dan kebenaran dari cerita-cerita tersebut.
Tinjauan awal
Sewaktu kami melakukan tinjauan awal. memang kelihatan dari luar, keadaan rumah itu sgt menyeramkan dan memberi perasaan tidak senang kepada kami. Kami terus meninjau untuk laluan keluar dan keadaan sekitar dan kami melalui satu lorong di sebelah rumah tersebut lalu kami menjumpai sebuah kawasan perkuburan islam dan di hujungnya ada satu lorong ke menuju bawah dan disana kami berjumpa lagi dengan satu deretan rumah terbiar yang tak kurang juga seramnya.
Lalu, alang-alang menyeluk perkasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Kami membuat keputusan untuk pergi ke deretan rumah itu juga nanti.
Hari kejadian
Jam 2200
kami berkumpul di tempat yang dijanjikan dengan crew Mob Tv.
Taklimat ringkas mengenai keselamatan dan formasi pergerakan dibuat oleh team The Others.
Setelah itu, kami bergerak ke kajang.
Jam 0030
kami tiba di kajang, disana ashes telah menunggu ditempat pertemuan. Disana kami membuat taklimat akhir sebelum memulakan kembara ke lokasi tersebut.
Rumah Misteri Pertama
Jam 0130
kami telah berkumpul di depan rumah tersebut, setelah berada dalam formasi, kami pun bergerak masuk ke dalam rumah pertama. Rumah ini terletak di simpang jalan. Ianya merupakan sebuah rumah dua tingkat. Kami bergerak masuk ke dalam ruang depan rumah tersebut. Keadaan sangat bersemak dan rumah itu kelihatan sangat usang.
Tetapi kami tidak dapat sampai ke tingkat atas kerana tangganya sudah runtuh jadi kami kembali ke tempat berkumpul.
Di sana kami bergerak ke rumah kedua yang terletak bersebelahan dari rumah pertama.
Keadaan rumah kedua lebih teruk. Ianya terletak didalam semak samun yang hampir kelihatan seperti hutan kecil. Ianya terlindung dari jalan dan pandangan dari luar. Kami bergerak masuk ke dalam rumah tersebut, tangga untuk ke tingkat atas juga runtuh dan kami cuma dapat memeriksa di kawasan bawahnya sahaja.
Semasa sampai di bilik belakang, Endi membisikkan sesuatu kepada Surfinv, memberitahunya bahawa ada seseorang berjalan di sebelah belakang kami, iaitu di luar rumah di bahagian belakang.
Kemudian kami terdengar bunyi tapak kaki berjalan dengan laju di bahagian belakang rumah.
Endi pun bergerak menuju ke belakang beserta jurukamera dan jurugambar, tetapi tiada sesiapa di situ. setelah beberapa lama, kami pun keluar dari rumah tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
ni baru bhgn pertama nt ada bhgn kedua nya aku pastekan kat sini
and kitorg pun ada buat post di sebalik tabir...
mont kata ada mcm jumpa sesuatu taktaulah gamaknya haha |
|
|
|
|
|
|
|
ntah kenapa la tiap kali tgok gamabr rumah2 tu jadi sakit kepala |
|
|
|
|
|
|
|
ntah kenapa la tiap kali tgok gamabr rumah2 tu jadi sakit kepala
sekngucing Post at 22-6-2011 15:02
perasaan awk je kot |
|
|
|
|
|
|
|
biasla mont sumer pun mestilah ada pasang surutnya hehe |
|
|
|
|
|
|
|
jaga sampai kul 2 pagi pun psl berborak ngan aku..wakkkka |
|
|
|
|
|
|
|
info2 yg bru ku dpt...jom layan...hehe!
18 Kawasan Yang Aktif Dengan Kegiatan Aktiviti Paranormal Seluruh Malaysia
Kawasan Yang Aktif Dengan Aktiviti Paranormal ( Berhantu ) Berdasarkan Kajian Pasukan Malaysia Extreme Paranormal Phenomena Organization (MEPPO) Di Mana Kajian Dijalan Kan Sepanjang Tahun Ini.
1. Rumah British , Bukit Darah, Sg Buloh, Selangor - Kes perempuan bunuh diri
2. Kawasan Subang Airport Berhampiran Saujana Hotel - Kes Pontianak
3. Kubur Mangsa Kejadian 13 May 1969, Berhampiran Hospital Sg Buloh, Selangor - Kes Pontianak
4. Banglo Pinggiran Bukit Tunku, Bukit Tunku, Kuala Lumpur - Kes Penunggu Dan Ada Kejadian Rasuk
5. Kubur Cina Brickfields, Seputeh, Kuala Lumpur - 60 Ribu mangsa perang jepun di semadikan
6. Penjara Pudu, Kuala Lumpur - Tempat penjenayah berilmu hitam
7. Kellie's Castle, Perak - tempat bersejarah
8. Jalan Bukit Putus Kuala Pilah - Seremban, Negeri Sembilan - kawasan kemalangan
9. Rumah Teres Dua Tingkat Seksyen 2, Shah Alam , Selangor - Hantu Raya
10. Hutan Simpan Kota Damansara, Selangor - kes pelajar hilang 30 orang
11. Kawasan Bukit Damansara, Damansara, Selangor - gangguan di kawasan Bukit Damansara
12. Bukit Melawati, Selangor - tempat bersejarah
13. Kubur Cina SS 1, Kampung Tunku, Selangor - lembaga hitam di rakam kan
14. Kubur Hindu SS 1, Kampung Tunku, Selangor - orbs di rakam kan
15. Selekoh Tai Kong, Lebuhraya Damansara Puchong, Selangor - banyak kejadian kemalangan maut di laporkan
16. Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan - kawasan orang bunian
17. Lot Rumah Kedai, Bukit Beruntung, Selangor - kawasan yang ditinggal kan
18. Banglo Tinggal Bangsar, Kuala Lumpur - Kes Pembunuhan sekeluarga |
|
|
|
|
|
|
|
pic yg dikesan sesuatu oleh encik montoyaz
pic ni adalah pic last sekali
sila lihat betul2
1) di sebalik tiang seakan-akan sweet
2) di sebalik rimbunan pokok , tidak diketahui |
|
|
|
|
|
|
|
ko post la lagi pe yg ko dpt.. sebab pc aku takleh nak edit picture sgt.. waktu ni faris fokus pada kitorg bukan pada sekeliling...
ko nmpak macam terang sbb flash kamera.. tp hakikatnya sgtla gelap |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry, busy sket. Ada benda nak post ni. Jap lagi tepek gambar la. Nway, baru2 ni ada kerja pi Penang. Ingatkan dah pi sana sempat la nak melawat 'Bukit Titi Kerawang' yg mana thread dia ada kat sini ( http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=544016&extra=&page=4 ) tp masalahnya member kat Penang tu tak nak pergi sbb dia pernah lalu situ nak hantar barang kat client dia. Sampai rumah client dia, seorang pakcik, pakcik tu tanya la dia dtg ikut mana. Bila ckp jer lalu 'Bukit Titi Kerawang' pakcik tu pun nasihatkan kat dia jangan lalu jalan tu sorang2 especially malam. Bahaya, mungkin sbb jalan tu gelap dan jarang kereta lalu, takut kalau ada orang nak rompak ke apa, and maybe satu lagi pasal kes dlm thread atas tu kot. Nway, sempat jalan pi Bt Feringgi jer.. Maybe next time la kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1472# surfinv
Mont, ni gambar mana ni Mont? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1467# surfinv
Surfinv, gambar last tu ada orb ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1477# sdf77
ni pic dorg g umh kjang tuh.....hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1474# surfinv
yker..?ku mule2 igt kain banner yg org selalu gntung2 kt tiang tuh...tpi bile tgok tol2...mcm pelik jer...klu terng time tuh myb ade org perasan...dh ko ckp gelap....tpi..nti try detail analysis...software ku pon problem gak ni....geram tol ku! |
|
|
|
|
|
|
| |
|