CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 395|Reply: 0

[Kedah] Duta besar China sumbang RM65,000 biasiswa kepada pelajar UUM

[Copy link]
Post time 13-3-2024 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Duta besar China sumbang RM65,000 biasiswa kepada pelajar UUM

OlehROSHILA MURNI ROSLI

13 Mac 2024 10:30am








Ouyang Yujing (kiri) menyampaikan replika cek kepada Mohd Foad ketika pertemuan mereka di UUM.




KUBANG PASU - Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing menyalurkan sumbangan sebanyak RM65,000 kepada Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.

Naib Canselor, Profesor Dr Mohd Foad Sakdan berkata, dana ini merupakan biasiswa yang telah diberikan kepada 65 pelajar SOIS pada tahun lalu bagi meneruskan pengajian di UUM.



Katanya, pada masa ini seramai 744 pelajar dari China melanjutkan pelajaran di UUM yang terdiri daripada 679 pelajar pascasiswazah dan 65 pelajar sarjana muda.

"UUM amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar China ke Malaysia bersama delegasi.




Warga UUM bersama delegasi dari China bergambar kenangan di Balai Tamu, UUM.




“Bagi pihak UUM, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia atas kebaikan dan kemurahan hati mereka dalam menyumbang Biasiswa Duta Besar China," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Jelasnya, biasiswa ini adalah hasil usaha pihak pengurusan SoIS untuk memulakan hubungan dengan Kedutaan China di Malaysia sejak tahun 2022.

"UUM berhasrat untuk mengekalkan dan mengukuhkan kerjasama dengan Kedutaan China di Malaysia yang memberi impak positif serta memupuk manfaat bersama," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.065138 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list