View: 456|Reply: 0
|
Enrique pernah jangka Ligue 1 sebagai 'liga mudah'
[Copy link]
|
|
ENRIQUE menyatakan dia menikmati saat yang bagus dan mendapat sokongan penuh sebagai ketua jurulatih PSG. FOTO REUTERS
Paris: Luis Enrique menyatakan sebelum menjadi ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG) pada tahun lalu, dia menganggap Ligue 1 sebagai 'liga mudah'.
"Ketika saya tidak tahu mengenai Ligue 1, saya fikir ia adalah kejohanan yang mudah. Tetapi, ia sebaliknya dengan ramai pemain individu hebat dan jurulatih yang bagus," kata bekas pengurus Barcelona dan Sepanyol itu menjelang aksi suku akhir Piala Perancis antara PSG dan Nice.
"Saya tidak berkata demikian kerana berada di Ligue 1, tetapi kerana itu yang saya fikir.
"Ia adalah persaingan tahap tinggi, kini saya boleh mengakui sedemikian kerana sudah mengalaminya."
Bekas pemain tengah Barcelona dan Real Madrid berusia 53 tahun itu mengambilalih tugas sebagai ketua jurulatih PSG pada tahun lalu.
Musim ini, juara bertahan Ligue 1 itu memiliki kelebihan 10 mata berbanding pasukan di tangga kedua, Brest dan berada di landasan untuk merangkul gelaran ke-10 dalam tempoh 12 tahun.
Enrique berkata, dia mendapat sokongan penuh di kelabb itu sejak mesyuarat pertama dengan Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi serta pegawai lain.
"Kelab ini mahu melaksanakan sesuatu yang berbeza jika dibandingkan dengan jurulatih terdahulu, bersama pemain muda," katanya.
"Idea itu mendapat sokongan penuh daripada penyokong kami. Saya menikmati saat yang bagus sebagai jurulatih.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -sebagai-liga-mudah |
|
|
|
|
|
|
| |
|