CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 551|Reply: 0

MotoGP: Marquez capai sasaran peribadi

[Copy link]
Post time 13-3-2024 12:58 PM | Show all posts |Read mode

MARQUEZ tetap berpuas hati berjaya menamatkan perlumbaan GP Qatar di tempat keempat biarpun gagal menaiki podium. – AFP

DOHA – Juara dunia enam kali, Marc Marquez mengakui tidak ralat apabila gagal meraih kedudukan podium sewaktu debut pertama bersama pasukan Gresini Racing pada perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) Grand Prix (GP) Qatar, Ahad lepas.

Pada aksi di Litar Antarabangsa Lusail itu, Marquez ha­nya ketinggalan 1.5 saat di tempat keempat dengan kedudukan podium yang didominasi oleh Francesco Bagnaia (Ducati), Brad Binder (KTM) dan Jorge Martin (Pramac Racing).

Menurut Marquez, ba­nyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki tetapi untuk perlumbaan kompetitif pertama, apa yang diharungi di GP Qatar sudah cukup terbaik kerana dia bebas daripada sebarang ­kemalangan.

“Saya sangat gembira de­ngan perlumbaan yang diharungi meskipun gagal meraih kedudukan podium. Saya anggap agak mustahil untuk berada dalam kelompok tiga pelumba terbaik kerana mereka semua lebih pantas daripada kami.

“Apa yang penting, kami melepasi sasaran kerana seperti yang saya katakan sebelum ini, fokus pasukan adalah berada dalam situasi enam pelumba teratas. Secara realistiknya antara kedudukan No. 4, No. 5 atau No. 6,” katanya.

Sementara itu, Marquez turut memuji rakan sepasukan yang juga pelumba baharu, ­Pedro Acosta selepas mempamerkan prestasi menakjubkan pada aksi pertama perlumbaan MotoGP dalam kariernya.

“Kita boleh lihat kualiti pada Acosta yang berjaya meraih mata pada perlumbaan pertama MotoGP meskipun berada di kedudukan ke-9. Saya harap dia dapat belajar dengan cepat untuk tampil lebih agresif pada aksi seterusnya,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... i-sasaran-peribadi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.167141 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list