View: 3388|Reply: 51
|
[Jenayah]
Koyak Rabak, Berlubang Dan Terburai, Terkejut Melihat Keadaan Tilam Yang Buruk Dan Busuk!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
BUKAN sahaja kain yang membaluti tilam koyak rabak, sebahagian daripada isinya juga berlubang dan terburai.
Sama juga halnya dengan bantal buruk dan busuk yang sudah bertukar warna hingga kelihatan menjijikkan.
Melihat keadaan sekeliling ia tak ubah seperti rumah tinggalan dan usang namun pernahkah anda menyangka itu adalah pemandangan 'biasa' di bilik asrama sebuah sekolah
Beberapa gambar keadaan bilik di asrama itu tular di media sosial selepas dimuat naik seorang bapa kepada salah seorang penghuninya.
Mendedahkan perkara itu, Mohd Firdaus Jailan berkata, ia merupakan keadaan bilik di sebuah asrama di Tebedu, Sarawak.
Lelaki berusia 37 tahun itu mengakui amat terkejut sebaik melihat keadaan bilik tersebut di asrama yang dihuni dua orang anak lelakinya masing-masing merupakan pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Tiga.
Menurutnya, ketika itu ibu bapa para pelajar dibenarkan masuk untuk melihat keadaan asrama sementara isterinya menguruskan pendaftaran masuk pada minggu lalu.
"Tentulah saya terkejut dan marah. Takkan nak biarkan pelajar tidur dalam keadaan macam itu? Itu tak kira lagi kipas yang rosak, cermin pecah dan sebagainya.
"Apabila tengok keadaan macam tu, memang saya dan isteri hantar tilam baharu. Tak sanggup tengok anak tidur dalam keadaan macam itu," katanya.
Mendakwa dorm itu serba daif, Mohd Firdaus berkata, keadaan di dalamnya seperti tiada sebarang penggantian sejak sekian lama.
"Almari nak roboh, katil kayu yang dah lama. Tilam dan bantal dah busuk. Apabila kami lihat keadaan itu, kami terus ambil keputusan untuk hantar tilam.
"Bantal kita belum hantar sebab tak ada bajet lagi. Mungkin hujung bulan baru kami akan hantar tilam, katil dan almari," ujarnya lagi.
Bapa kepada empat anak itu bagaimanapun menegaskan pihak sekolah tidak seharusnya dipersalahkan dalam hal itu kerana mereka sudah melakukan yang terbaik.
"Cuma apabila tak ada dana, mereka (pihak sekolah) tak boleh buat apa-apa. Tujuan saya buat perkongsian ini supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) buka mata... cepat hulur bantuan.
"Bukan salahkan mana-mana pihak. Saya percaya, banyak lagi sekolah yang berada dalam keadaan macam ini, cuma ibu bapa tak berani nak bersuara sahaja," katanya lagi.
Meluahkan kekecewaan itu sambil mengenang nasib anak-anak menghuni di asrama itu, Mohd Firdaus mahu perkara tersebut mendapat perhatian KPM dengan segera.
Menurutnya, pendedahan itu bukan untuk menidakkan usaha guru-guru, bukan juga menuduh mereka yang bukan-bukan.
"Saya menjadi saksi kepada dedikasi dan usaha mereka mendidik anak bangsa. Pendedahan ini dibuat supaya YB (Yang Berhormat) Menteri dan pasukannya berpijak di bumi yang nyata.
"Tergamakkah YB melihat seorang anak remaja tidur di atas tilam seperti ini? Tergamakkah YB melihat anak-anak menghidu hama dan habuk daripada span bantal yang hancur setiap hari?
"Tergamakkah YB melihat anak-anak ini berkongsi tiga katil ini berlima dan kadang-kala ada yang terpaksa tidur di lantai? Bangunlah KPM. Anak-anak ini bukan binatang," katanya dengan nada kesal. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah kau hadap hantar anak asrama... apa kata ko bagi sedekah dekat asrama tu asik expect benda freee aje.. masukkan anak skolah asrama pun sbb malas nak bela anak kan.. tunggang subsidi |
|
|
|
|
|
|
|
Sedekah tilam la bg parents yg berkemampuan. Biasa kalau dieorang ni Kat bawah bukan main lg nak tolong rakyat bagai. Ni dah naik atas lupa dah rakyat. Rajin2 la pegi kawasan pedalaman tgk sendiri sekolah daif ke tak.. ckp byk tak guna.. |
|
|
|
|
|
|
|
spottttttttttttt onnnn......hahahahaha......
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya sarawak ada menteri pendidikan sendiri kan. SG google nama menteri tu Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn. Kenapa dia x mengadu pada menteri sendiri ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Time pibg mintak sumbangan bayor dak??
Peruntukan gomen bg byk mna sgt pon.
Kalo utk fasiliti asrama ni slalu kumpul dana dr parents sendri/carik dana luar.
Pibg kna cargas wat keja, parents lak xleh wat kedekut taik idung masin tp terrpaling kuat komplen fasiliti buruk/usang. |
|
|
|
|
|
|
|
pegi la meratib depan kubo tok uban... |
|
|
|
|
|
|
|
alaaa skolah ku.. cgu yg baiki tandas asrama. guna duit kebajikan guru yg kita kutip bulan² ikut gred jawatan..
eh byk lah lg. nk tunggu dari kpm mimpi je lah. tp mmg tkde bajet. kita pun maklum.
|
|
|
|
|
|
|
|
zehra2 replied at 13-3-2024 04:36 PM
alaaa skolah ku.. cgu yg baiki tandas asrama. guna duit kebajikan guru yg kita kutip bulan² ikut gr ...
PIBG pun patut menyumbang kan.. kita nak anak selesa bersekolah... takkan nak berkira..
Is not fair cikgu2 je yang cakna budak2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul la nek Rafidah tegur.. banyak lagi masalah.. tapi dok la pungpang masalah racist |
|
|
|
|
|
|
|
SalenaGomez replied at 13-3-2024 03:57 PM
Rasanya sarawak ada menteri pendidikan sendiri kan. SG google nama menteri tu Datuk Seri Roland Saga ...
Tipikal sarawakian? Benda yg negative diaorang akan cari gov central, yg positif dia angkat org dia. Yg penting salahkan semenanjung dlu |
|
|
|
|
|
|
|
Mana gambar tilam terburai nya? Ermm diorg bukan ada budget mcm bang non pon usung tilam kulu kilir keluar masuk mahkamah |
|
|
|
|
|
|
| |
|