CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4118|Reply: 1

Leverkusen, West Ham perlu bangkit dalam Liga Europa

[Copy link]
Post time 13-3-2024 03:34 PM | Show all posts |Read mode

Bayer Leverkusen kendalian Xabi Alonso pasukan paling cemerlang di Eropah ketika ini dengan 36 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan. – Foto REUTERS

PARIS: Bayer Leverkusen dan West Ham hadir pada perlawanan awal pagi Khamis ini dengan kedua-dua pasukan memerlukan keputusan positif untuk layak ke suku akhir Liga Europa selepas gagal menang pada aksi pertama mereka.

Gol penyamaan pada masa kecederaan oleh Patrik Schick menyelamatkan air muka Leverkusen di Baku minggu lalu sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah mereka musim ini, selepas Qarabag mendahului mengejut 2-0 menentang pendahulu Bundesliga itu.

"Mungkin benar kami lebih bertuah berbanding Qarabag susulan keputusan itu. Penghormatan besar buat mereka, mungkin mereka berhak mendapat keputusan lebih baik," kata jurulatih Leverkusen, Xabi Alonso selepas aksi pertama itu.

Di sebalik keputusan mengejut seri 2-2, Leverkusen tidak menunjukkan tanda-tanda keinginan kuat mereka untuk memenangi trofi kejuaraan mengendur sebaliknya mereka pantas bangkit dengan kemenangan ke atas Wolfsburg dalam liga hujung minggu lalu.



Pasukan paling cemerlang di Eropah kini berbangga dengan rekod 31 kemenangan dan lima seri dalam semua pertandingan musim ini, menjadikan mereka kelab pertama Bundesliga tidak kalah dalam 36 perlawanan berturut-turut.



Xabi Alonso antara pengurus muda yang dihormati dalam kancah bola sepak dunia masa kini. – Foto REUTERS

Ketika pencarian trofi pertama Leverkusen dalam tempoh lebih 30 tahun menuju kemuncak, Alonso dan anak buahnya tidak mahu momentum mereka berhenti pada perlawanan ke-37 menentang juara Azerbaijan itu.

Bagaimanapun, selepas bersaing hebat dengan kelab Jerman itu selama 91 minit minggu lalu, Qarabag akan tiba di BayArena dengan percaya tiada apa yang mustahil.

Alonso berkata kelab Baku itu "mempunyai pemain berkualiti yang mampu bermain di liga utama" dan mereka sedia memperagakan bakat mereka di pentas Eropah.

Jurulatih Qarabag, Gurban Gurbanov yakin pasukannya boleh meningkat dan beraksi di tahap lebih tinggi berbanding aksi pertama: "Saya menyediakan pasukan untuk bermain lebih bagus di Jerman."

Pasukan pilihan di samping Leverkusen, Liverpool pasti tidak berdepan masalah awal pagi Jumaat ini di Anfield selepas membelasah lawan mereka Sparta Prague 5-1 minggu lalu.



Mohamed Salah kembali beraksi bersama Liverpool selepas pulih daripada kecederaan baru-baru ini. – Foto REUTERS

Liverpool didorong dengan kembalinya Mohamed Salah bermain pada aksi pertama tetapi ketika perlawanan itu sudah dilihat menjadi milik mereka, ada kemungkinan pengurus Jurgen Klopp memberikan lebih minit permainan kepada pemain muda skuad itu.

Di pantai selatan England, Brighton berdepan kesukaran untuk mengatasi defisit 4-0 berdepan AS Roma kendalian Daniele De Rossi selepas tumbang di ibu negara Itali itu minggu lalu.

Kelab Jerman, Freiburg mendahului 1-0 ke atas West Ham tetapi masih perlu menafikan rekod gemilang The Hammers di laman sendiri di Eropah untuk layak ke suku akhir.

Penyandang juara Liga Konferens Europa, West Ham menang semua 10 perlawanan terakhir Eropah di Stadium London, yang meliputi dua musim terakhir.

Gol Michael Gregoritsch pada 10 minit terakhir memberikan Freiburg pendahuluan tipis selepas West Ham "tidak menyarung but penyerang mereka," menurut pengurus David Moyes selain mensia-siakan peluang untuk memecah kebuntuan di Jerman.

Moyes mengharapkan persembahan baik di halaman sendiri untuk menyaksikan pasukannya menemui sasaran dan mengatasi defisit itu.

"Kami akan melakukan segala-galanya untuk cuba mengubah keadaan. Kami akan menerima sokongan hebat daripada penyokong dan suasana gegak-gempita di gelanggang kami boleh membantu," kata warga Scotland itu. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... t-dalam-liga-europa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2024 04:59 PM | Show all posts
Usaha kena lebih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.075336 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list