CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6823|Reply: 0

[Kelantan] Penjenayah 'wanted' ditahan polis

[Copy link]
Post time 13-3-2024 04:22 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMAD Zaki (kiri) bersama pegawainya menunjukkan barang rampasan. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Polis Kelantan menahan lelaki yang juga penjenayah 'wanted' atau dikehendai di negeri itu dalam serbuan di rumah di Kampung Tanjung Chat, di sini, 11 malam tadi.

Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan bersama dua pistol, 54 biji peluru hidup serta dadah bernilai RM17,500.

Sebanyak 550 biji pil Erimin 5 dan 1,200 pil yaba turut dirampas dalam serbuan berkenaan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menjalankan risikan sebelum serbuan dan pemeriksaan awal menemui kesemua dadah di dalam beg di bahagian dapur rumah.



"Kemudian, dengan dibawa oleh suspek sendiri, anggota kemudian menemui dua pistol jenis Beretta Gardone VT dan 357 Magnum Cartridge yang disorok di dalam laci kayu yabg ditempatkan di bahagian tengah kediamanya," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

"Suspek yang juga seorang peniaga ditahan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 18 Mac nanti bagi tujuan siasatan lanjut," katanya.

Muhamad Zaki berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971 yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai 14 tahun dan sebatan tidak kurang daripada enam kali.

"Selain itu, suspek turut disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dengan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimun RM 10,000 atau kedua-duanya sekali.

"Begitu jugu,dengan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, yang jika sabit kesalahan dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dengan minimum 15 sebatan.

"Berdasarkan semakan laporan suspek sebelum ini mempunyai dua rekod lampau berkait Seksyen 325 Kanun Keseksaan (KK)dan Seksyen 506 KK," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anted-ditahan-polis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.075998 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list