View: 22681|Reply: 104
|
Ezlynn Reda Bermadu Dengan Seorang Doktor - "Kata Ustaz, Wanita Nak Masuk Syurga Senang Saja Iaitu Dengan Jadi Isteri Yang Taat"
[Copy link]
|
|
Penyanyi Ezlynn mendedahkan dirinya kini bermadu apabila suaminya, Wan Mohd Hafizam berkahwin dengan seorang doktor berusia 26 tahun di Perlis pada Mac tahun lalu.
Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 42, berkata, statusnya juga kini berubah kepada isteri pertama apabila Wan Hafizam menceraikan dua isteri terdahulu.
"Kalau ikutkan saya yang keluarkan kenyataan nak carikan madu untuk suami tapi tak jumpa calonnya. Dia akhirnya cari sendiri dan bagi saya baguslah kerana kena dengan cita rasanya.
"Kami dah dipertemukan oleh suami semasa sesi taaruf (berkenalan). Saya letakkan syarat kepada suami supaya jangan halang aktiviti saya di media sosial kerana ia adalah platform untuk berniaga dan sebagainya.
"Orang suka tengok aktiviti dan peribadi artis di situ. Suami boleh terima permintaan ini," katanya.
Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye ini berkahwin dengan Wan Mohd Hafizam yang juga penderma hati pertama negara pada 11 September 2021.
Ezlynn kemudian tampil memberitahu mahu mencari madu atau 'isteri baharu' untuk suaminya lagi sekali gus mencukupkan empat sebagai saham akhirat buatnya.
"Rasional saya carikan isteri untuk suami ialah saya seorang yang sibuk dengan kerja. Pergi 'travel' lama-lama rasa tak senang hati dan tak boleh duduk diam.
"Sekurang-kurangnya ada seorang isteri yang jaga senang juga, saya boleh fokus pada kerja. Dari dia buat tak elok baiklah kahwin. Kita pun dapat berkat, pahala dan rezeki.
"Tak dinafikan ada wanita yang marahkan saya tapi saya cakap suami bukan milik saya sahaja. Ia hak dan milik Allah. Kalau benda ini boleh mengharmonikan, bagus. Kalau tak sesuai carilah solusi lain yang terbaik," katanya.
Ezlynn sebelum ini pernah berkahwin dengan Adam Fahmy yang juga bekas pengurus peribadinya pada 20 November 2011, namun bercerai pada 23 Oktober 2017.
Menurutnya, selepas empat tahun solo, dia mendengar ceramah agama yang menyentuh hatinya.
"Kata ustaz, wanita nak masuk syurga senang saja iaitu dengan jadi isteri yang taat. Itu yang saya buat keputusan ini termasuk berpoligami.
"Tapi poligami bukan untuk semua wanita. Kalau isteri tak boleh terima, janganlah kerana akan jadi mental pada isteri dan anak.
"Saya tetapkan pada suami agar buat penggiliran pada kami berdua setiap tujuh hari. Ikutkan tiga hari penggiliran tapi kasihan pula kerana madu saya tinggal di Perlis.
"Insya-Allah saya akan pindah ke Changlun, Kedah apabila semua urusan membabitkan rumah dengan bekas suami selesai," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ezlynn bersama Che Ta, Adrea Abdullah, Nor Azifah, Emma Akma dan Salman JKKK akan terbabit dalam Bazar Ria Raya Bujang Lapok Street anjuran Seniman di pusat beli belah KL Gateway pada 22 Mac hingga 7 April depan.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Memang kena fikir eh suami tu kena ada org yang jaga. Suami tak pernah fikir benda yang sama ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Laki tu mesti kuat nafsu.. xcukup bini takat sorg dua |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tau lakinya hada koleksi bini. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya dia tak kisah sbb dia belum ada anak ke?
Wan hafizam ko ni mmg pemurah ekk
Hati dia mmg bleh terbahagi ngn ramai org.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah cerai ke dgn wife pertama? |
|
|
|
|
|
|
|
Ahhh meme la kau kata suami milik allah bukan hak milik kita sorang, dah ko ni pun asalnya isteri bernombor bukan? |
|
|
|
|
|
|
|
Dh kertu heols tp mendonia bab lain pulek
Zmn muda dlu , herlok berbudi sedekah hati |
|
|
|
|
|
|
|
Lily_Elizabeth_ replied at 13-3-2024 11:59 PM
Ezlyn dulu cantik betul.
iols pula tak pernah nmpk dia cantik |
|
|
|
|
|
|
|
yang penting dgn first wife ada anak..bini baru masih muda kemungkinan akan dpt anak..dgn ko tak ada ank ye Ezlyn..so jg nak lebih2..ahaks |
|
|
|
|
|
|
|
Wow x kesah ada madu...cayalah ezlynn. Betul2 selamba ni. Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
virgocircus replied at 14-3-2024 12:15 AM
Wow x kesah ada madu...cayalah ezlynn. Betul2 selamba ni. Huhu
Tapi kan iols ada kenalan jd bini no2. Masa laki sheols ceraikan bini ptama, sheols gi hamok kat tok laki sheols sbb memandai2 ceraikan bini ptama. Sheols paksa depa laki bini rujuk. Dia cakap tak mau penat hadap n urus tok laki 24/7. Kalau ada 1st wife, masa turn laki gi umah 1st wife boleh me time, gi kopi2 n spa. Sbb tu syarat sheols masa setuju jd bini no 2. Mesti kekalkan bini 1st , sheols setuju jd no 2 pun sbb laki sheols setuju their marriage adalah untuk companionship, bukan sheols kena serve tok laki as tipikal isteri biasa |
|
|
|
|
|
|
|
virgocircus replied at 14-3-2024 12:15 AM
Wow x kesah ada madu...cayalah ezlynn. Betul2 selamba ni. Huhu
takkan nak mamrah2 pulak. nnt kena selongkar kes lama .. camner tu |
|
|
|
|
|
|
|
mudanya isteri terkini. sebaya anak i, anak i masih single lagi.. hem takpelah kalau dpt laki tua, better menyingle aje lah. kesian in future anak dorang jadi anak yatim @ kalau ayah masih hidup pun, anak dorang kena tungkus lumus uruskan ayah ... tkde life |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa laki dia perlukan banyak2 isteri? kuat nafsu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
madu doktor.... ce madu tu kerani gred 17... |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la, boleh buat loan. Gaji besar, muda lagi. Buat loan utk kembangkan bisnes. Modal lambat pusing, cari lagi bini muda. Guru sekolah menengah pon boleh tahan gaji, senang buat loan. |
|
|
|
|
|
|
|
muda no 26. baru habis ho ke apa dek. |
|
|
|
|
|
|
| |
|