CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20773|Reply: 108

Ezlynn Reda Bermadu Dengan Seorang Doktor - "Kata Ustaz, Wanita Nak Masuk Syurga Senang Saja Iaitu Dengan Jadi Isteri Yang Taat"

  [Copy link]
Post time 13-3-2024 09:35 PM | Show all posts |Read mode




Penyanyi Ezlynn mendedahkan dirinya kini bermadu apabila suaminya, Wan Mohd Hafizam berkahwin dengan seorang doktor berusia 26 tahun di Perlis pada Mac tahun lalu.


Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 42, berkata, statusnya juga kini berubah kepada isteri pertama apabila Wan Hafizam menceraikan dua isteri terdahulu.


"Kalau ikutkan saya yang keluarkan kenyataan nak carikan madu untuk suami tapi tak jumpa calonnya. Dia akhirnya cari sendiri dan bagi saya baguslah kerana kena dengan cita rasanya.


"Kami dah dipertemukan oleh suami semasa sesi taaruf (berkenalan). Saya letakkan syarat kepada suami supaya jangan halang aktiviti saya di media sosial kerana ia adalah platform untuk berniaga dan sebagainya.


"Orang suka tengok aktiviti dan peribadi artis di situ. Suami boleh terima permintaan ini," katanya.


Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye ini berkahwin dengan Wan Mohd Hafizam yang juga penderma hati pertama negara pada 11 September 2021.






Ezlynn kemudian tampil memberitahu mahu mencari madu atau 'isteri baharu' untuk suaminya lagi sekali gus mencukupkan empat sebagai saham akhirat buatnya.


"Rasional saya carikan isteri untuk suami ialah saya seorang yang sibuk dengan kerja. Pergi 'travel' lama-lama rasa tak senang hati dan tak boleh duduk diam.


"Sekurang-kurangnya ada seorang isteri yang jaga senang juga, saya boleh fokus pada kerja. Dari dia buat tak elok baiklah kahwin. Kita pun dapat berkat, pahala dan rezeki.


"Tak dinafikan ada wanita yang marahkan saya tapi saya cakap suami bukan milik saya sahaja. Ia hak dan milik Allah. Kalau benda ini boleh mengharmonikan, bagus. Kalau tak sesuai carilah solusi lain yang terbaik," katanya.


Ezlynn sebelum ini pernah berkahwin dengan Adam Fahmy yang juga bekas pengurus peribadinya pada 20 November 2011, namun bercerai pada 23 Oktober 2017.


Menurutnya, selepas empat tahun solo, dia mendengar ceramah agama yang menyentuh hatinya.


"Kata ustaz, wanita nak masuk syurga senang saja iaitu dengan jadi isteri yang taat. Itu yang saya buat keputusan ini termasuk berpoligami.


"Tapi poligami bukan untuk semua wanita. Kalau isteri tak boleh terima, janganlah kerana akan jadi mental pada isteri dan anak.


"Saya tetapkan pada suami agar buat penggiliran pada kami berdua setiap tujuh hari. Ikutkan tiga hari penggiliran tapi kasihan pula kerana madu saya tinggal di Perlis.


"Insya-Allah saya akan pindah ke Changlun, Kedah apabila semua urusan membabitkan rumah dengan bekas suami selesai," katanya.


Dalam perkembangan lain, Ezlynn bersama Che Ta, Adrea Abdullah, Nor Azifah, Emma Akma dan Salman JKKK akan terbabit dalam Bazar Ria Raya Bujang Lapok Street anjuran Seniman di pusat beli belah KL Gateway pada 22 Mac hingga 7 April depan.




Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2024 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang kena fikir eh suami tu kena ada org yang jaga. Suami tak pernah fikir benda yang sama ke.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki tu mesti kuat nafsu.. xcukup bini takat sorg dua
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
lain plak muka hafizam ni dah tua2 ni
tak sangka plak ramai bininya
mmg pemurah orgnya...pemurah dgn hati
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tau lakinya hada koleksi bini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya dia tak kisah sbb dia belum ada anak ke?
Wan hafizam ko ni mmg pemurah ekk
Hati dia mmg bleh terbahagi ngn ramai org.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2024 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia dah cerai ke dgn wife pertama?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahhh meme la kau kata suami milik allah bukan hak milik kita sorang, dah ko ni pun asalnya isteri bernombor bukan?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2024 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh kertu heols tp mendonia bab lain pulek
Zmn muda dlu , herlok berbudi sedekah hati
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2024 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ezlyn dulu cantik betul.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Lily_Elizabeth_ replied at 13-3-2024 11:59 PM
Ezlyn dulu cantik betul.

iols pula tak pernah nmpk dia cantik
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
yang penting dgn first wife ada anak..bini baru masih muda kemungkinan akan dpt anak..dgn ko tak ada ank ye Ezlyn..so jg nak lebih2..ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow x kesah ada madu...cayalah ezlynn. Betul2 selamba ni. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
virgocircus replied at 14-3-2024 12:15 AM
Wow x kesah ada madu...cayalah ezlynn. Betul2 selamba ni. Huhu

Tapi kan iols ada kenalan jd bini no2. Masa laki sheols ceraikan bini ptama, sheols gi hamok kat tok laki sheols sbb memandai2 ceraikan bini ptama. Sheols paksa depa laki bini rujuk. Dia cakap tak mau penat hadap n urus tok laki 24/7. Kalau ada 1st wife, masa turn laki gi umah 1st wife boleh me time, gi kopi2 n spa. Sbb tu syarat sheols masa setuju jd bini no 2. Mesti kekalkan bini 1st , sheols setuju jd no 2 pun sbb laki sheols setuju their marriage adalah untuk companionship, bukan sheols kena serve tok laki as tipikal isteri biasa
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
virgocircus replied at 14-3-2024 12:15 AM
Wow x kesah ada madu...cayalah ezlynn. Betul2 selamba ni. Huhu

takkan nak mamrah2 pulak. nnt kena selongkar kes lama .. camner tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
mudanya isteri terkini. sebaya anak i, anak i masih single lagi.. hem takpelah kalau dpt laki tua, better menyingle aje lah. kesian in future anak dorang jadi anak yatim @ kalau ayah masih hidup pun, anak dorang kena tungkus lumus uruskan ayah ... tkde life
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2024 01:53 AM | Show all posts
Kenapa laki dia perlukan banyak2 isteri? kuat nafsu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 02:44 AM | Show all posts
madu doktor.... ce madu tu kerani gred 17...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la, boleh buat loan. Gaji besar, muda lagi. Buat loan utk kembangkan bisnes. Modal lambat pusing, cari lagi bini muda. Guru sekolah menengah pon boleh tahan gaji, senang buat loan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 06:05 AM | Show all posts
muda no 26. baru habis ho ke apa dek.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.654718 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list