CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1070|Reply: 0

Oblak wira Atletico menang penentuan sepakan penalti

[Copy link]
Post time 14-3-2024 10:23 AM | Show all posts |Read mode

OBLAK melayangkan badan untuk menyelamatkan sepakan penalti yang memastikan Atletico mara ke suku akhir UCL. FOTO AFP

Madrid: Atletico Madrid bangkit daripada ketinggalan dua gol secara agregat untuk seri 2-2 dan akhirnya menang 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Inter Milan, sekali gus layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi tadi.

Ketinggalan satu gol selepas aksi pertama pusingan 16 terakhir, bulan lalu, Atletico semakin parah apabila Federico Dimarco menjaringkan gol pembukaan Inter pada perlawanan di Estadio Metropolitano, sekali gus menjadikan kedudukan 2-0 secara agregat.

Bagaimanapun, Antoine Griezmann menghidupkan peluang tuan rumah pada minit ke-35 dan tiga minit sebelum perlawanan berakhir, pemain gantian, Memphis Depay menjadikan kedudukan 2-2 dan mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Penentuan sepakan penalti cukup mendebarkan sebelum Inter gagal menyempurnakan tiga daripada lima peluang termasuk sepakan melambung tinggi dilakukan penyerang sensasi, Lautaro Martinez.


"Saya fikir, sepakan penalti ibarat loteri. Hari ini, saya bernasib baik kerana berjaya menghalang dua daripadanya," kata penjaga gol Atletico, Jan Oblak, yang menyelamatkan sepakan Alexis Sanchez dan Davy Klaassen.

"Bukan mudah untuk menghalang sepakan penalti, ada masa ia kelihatan mudah dari luar, tetapi sebenarnya tidak.

"Saya sangat gembira untuk pasukan kerana kami bermain dengan baik.

Mungkin bulan lalu kami tidak berada pada bentuk terbaik, tetapi kami membuktikan mampu melakukan lebih baik."

Sebelum perlawanan, kedua-dua pasukan tampil dengan prestasi berbeza apabila Inter bangkit memenangi 13 perlawanan sejak awal 2024 manakala Atletico hanya menang sekali daripada lima perlawanan terakhir.

Bagaimanapun, perlawanan di ibu negara Sepanyol itu berlangsung sengit apabila Atletico menekan awal untuk menjaringkan gol pembukaan.

Kelebihan di gelanggang sendiri cukup penting buat Atletico yang menang 19 daripada 21 perlawanan bagi semua kejohanan di Metropolitano.

Atletico tidak tewas dalam 17 aksi kalah mati di tempat sendiri dalam kempen UCL dan mereka berjuang habis-habisan menentang Inter yang kini mendahului Serie A.

Rembatan kencang Depay terkena palang sebelum jaringan pentingnya yang menyamakan kedudukan dan mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Inter turut terlepas dua peluang terbuka apabila Marcus Thuram dan Nicolo Barella mensia-siakan peluang keemasan untuk mengukuhkan kedudukan.

Inter yang dibimbing Simone Inzaghi kini menumpukan kepada usaha memenangi gelaran Serie A untuk kali ke-20 manakala Atletico menanti undian suku akhir UCL yang akan diadakan di Nyon, esok.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uan-sepakan-penalti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.065943 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list