CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5192|Reply: 83

[Tempatan] Terkejut peniaga caj kuah gulai kosong RM3 di bazar Ramadan

[Copy link]
Post time 14-3-2024 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Terkejut peniaga caj kuah gulai kosong RM3

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... h-gulai-kosong-rm3/

Oleh KOSMO!
13 Mac 2024, 5:19 pm



PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut apabila dikenakan bayaran sebanyak RM3 bagi kuah gulai di sebuah bazar Ramadan.

Menurut perkongsian wanita itu, pada mulanya dia membeli lauk gulai daging di gerai berkenaan sebelum terlihat bekas gulai ikan yang hanya tinggal kuah sahaja.

Dia kemudian bertindak meminta sedikit kuah gulai tersebut memandangkan ikannya sudah habis.

“Semalam aku beli gulai daging kat bazar, lepas itu saja minta kuah gulai ikan sekali sebab ikannya dah habis. Dia caj kuah RM3. Kuah gulai RM3, kosong,” kata wanita itu.

Perkongsian wanita itu mendapat reaksi daripada orang ramai yang mempersoalkan sikap peniaga tersebut dan dikatakan tidak munasabah.

“Kita ini faham berniaga semua pakai modal. Tapi, kalau lauk memang dah habis, kuahnya tu bagi je la percuma. Kalau tak ada orang minta lepas tu tak habis, ke tanah jua. Kalau memang berat hati nak bagi percuma, bagitahu saja kuah satu senduk kami caj RM3,” kata Suri Rumah.

“Sekarang minta kuah memang kena caj Sebelum puasa pun ada kena. Minta sikit pun caj RM1,” kata Just.

“Semalam pun kawan saya kena, minta sambal lebih lepas tu kena caj. Sebelum ini okey saja minta lebih tak ada caj lebih apa-apa,” kongsi Fatin.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah mendapat lebih 1,500 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2024 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa nk terkejut aku pn beli sblm sebelum ni mintak rm3 kt kedai la tapi
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 10:57 AM | Show all posts
netizen be like
tekejut, sebak, sayu,
mmg itu lerr reganya bila aku beli kat kantin ofis pun
dr bertahun2 lps lagi
nak percuma
cuba kau beli santan, tumbuk sikit cili & kunyit
siap kuah gulai kauu
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 14-3-2024 10:57 AM
netizen be like
tekejut, sebak, sayu,
mmg itu lerr reganya bila aku beli kat kantin ofis pun

alasan dia ikan dh abes tggl kuah jer...kat sini bg aku komunikasi itu penting apatah lg 'DIBULN RAMDAN YG MULIA INI...ppeniaga patut bgtau..'kena bayau jugok'...walau nmpak mcm 'peninggalan' jer tu().
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 11:05 AM | Show all posts
Skuau replied at 14-3-2024 11:01 AM
alasan dia ikan dh abes tggl kuah jer...kat sini bg aku komunikasi itu penting apatah lg 'DIBULN R ...

betul tu, semua kena jelaskuah pun kena bayau
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 11:08 AM | Show all posts
kuah pun kena bayar ye x mao rugi betul tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2024 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah biasa beli kuah shj rm3 dari dulu lagi. Ns kandar zainul pj tu sedap, dah mkn sana mesti nak tapau kuah bwk balik
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 12:09 PM | Show all posts
ada lagi ek pi bazar zaman ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2024 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini mesti sebab abangla makan nasi dengan bewang campur kuah gulai kosong.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
intan_smsb replied at 14-3-2024 11:08 AM
kuah pun kena bayar ye x mao rugi betul tu

Air paip pun kena bayar, inikan pulak kuah yg dah campur2 pelbagai bahan dan tenaga manusia utk buat kuah tu.. nk free cer buat sendiri gituh
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 12:34 PM | Show all posts
singgah pasar beli kepala ikan merah
sampai rumah rebus ngan kuah 3 ringgit ...jimat masa & kos
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 12:38 PM | Show all posts
takyah la terkejut....mmg kena bayar...

ni zaman muda wa dulu tolong member meniaga bazaar ramadhan tahun 2001-2002 ,

bila azan maghrib je ramai peniaga2 akan bertukar2 juadah, jualan2 yg tak abis, ada juga yg bagi lebih kepada pengunjung2 last minit....

mgkn pembeli ni pergi waktu2 akhir dgn harapan utk dpt diskaun items, kot..

mmg kadang2 saat akhir dpt beli dgn harga offer, cth kalo kuih i bekas rm3.50 ada yg jual, rm 5 = 2 paket, atau amik la bang 1 paket rm2...

nak bagi habis jualan... asal barang jadi duit ,








Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 12:38 PM | Show all posts
bila beli lauk lain pastu ckp "kak nak kuah ni sikit ek", ok je takde caj tambahan
sama jgk mcm beli nasi lemak, mintak sambal lebih, takde pun caj lebih
tgk pd peniaga kot

masa duduk kl, ada la p bazar ramadan wangsa maju, tu pun sebab tapau nasi ambeng je
lepas pkp, acik nasi ambeng tu niaga kt taman melati pulak, makanya ke bazar taman melati pulak la aku.. kdg pegi kalau tak tapau nasi ambeng (takde la hari2 menu sama kan, kdg masak je kt rumah), tapau air..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 12:41 PM | Show all posts
Orix replied at 14-3-2024 12:29 PM
Air paip pun kena bayar, inikan pulak kuah yg dah campur2 pelbagai bahan dan tenaga manusia utk bu ...

nasib baik aku jenis x suke tapau kuah
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 12:41 PM | Show all posts
I akan bayar akibat kemalasan sendiri. I rasa ok ja RM3, nk tumis gulai kosong pun kalau dh xrajin, mmg tak jadi. Prepare barang, proses masak dan cuci lepas masak, kira ok ajalah. Kalau nk murah, awal2 cakap nk singgit ja bang, buat ghaso2.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sepiITUindah replied at 14-3-2024 12:34 PM
singgah pasar beli kepala ikan merah
sampai rumah rebus ngan kuah 3 ringgit ...jimat masa & kos

kann...tu pun bising kuah rm3.
kalau nak buat sendiri renyah nak kupas2 segala bwg itu ini rempah2 ujung2 tak sedap

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2024 01:03 PM | Show all posts
kena tengok banyak mana la kuahnya..
kalau banyak macam bungkus air tu, berbaloi la rm3..
kalau sikit masuk mangkuk separuh pun tak sampai, melampau la nak charge macam tu..
kuah tu tak habis kau buang jugak kan..
melainkan kau recycle untuk jadi lauk esok..
so good luck la customer dapat lauk recycle berbau..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 01:49 PM | Show all posts
aku setuju je peniaga charge pada customer yg suka semua nak extra ni. benda ni dah jadi mcm habit bg sesetengah org. bg free bukan dihargai, minta extra serba serbi, hujung tak habis buang juga, takda nya dia makan sambal ke kuah tu sampai licin
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 01:56 PM | Show all posts
kenapa aku macam rasa benda tu normal
kalau bazar kat kampung mungkin x kene cas kot
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2024 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
eh kuah tu bukan air semata.... lg pun bukan nya depa curah ke longkang. campur semula baki kuah utk jualan esok plak.
masakan mcm kari kuah asam pedas, masak taucu mmg lebih sedap kalau dipanas semula esok hari nya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.068519 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list