CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1625|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Sahur teguk air mineral saja'

[Copy link]
Post time 14-3-2024 10:48 AM | Show all posts |Read mode

WAN Rusli (kiri) bersama bas ekspres yang dipandunya. Mohamad Hafiz (kanan).

Kuala Lumpur: Di sebalik senyuman mesra pemandu bas ekspres, tidak ramai yang tahu 1,001 keperitan serta pengalaman mereka sepanjang bertugas, khasnya sepanjang Ramadan serta Aidilfitri.

Ada kalanya ia mencuit hati, sebak selain mendatangkan banyak pengajaran. Namun, kebanyakan pengalaman itu hanya dapat dirasai mereka saja.

Bagi Wan Rusli Yusof, 56, antara kenangan yang masih segar dalam ingatan ialah pada Ramadan 2018 apabila bas ekspres dipandunya dari Kota Bharu, Kelantan ke Pasir Gudang, Johor, rosak ketika waktu hendak bersahur.

"Ia menyebabkan sebahagian besar penumpang tidak dapat bersahur malah mereka hanya meneguk air mineral saja," katanya kepada Harian Metro.



Menurutnya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berkata, antara kenangan lain ialah pada 2022 yang a orang ramai ketika itu menggelarkan Aidilfitri yang disambut sebagai 'hari raya terkejut'.

Katanya, disebabkan hari raya terkejut itu, dia terpaksa memandu bas tanpa penumpang dari Kota Bharu untuk ke beberapa stesen bas di Lembah Klang bagi mengambil penumpang.

"Saya perlu ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. Saya ambil penumpang pun tak sampai separuh. Mungkin ramai yang tumpang kawan-kawan kerana hari raya terkejut.

"Akhirnya, saya tidak dapat meraikan hari raya pertama kerana bas dipandu tiba di Kota Bharu jam 10 malam," katanya yang berpengalaman memandu bas ekspres selama 26 tahun.

"Saya hanya beraya di atas bas," katanya lagi.

Seorang lagi pemandu bas ekspres, Mohamad Hafiz Idris, 34, turut pernah terlepas daripada menunaikan solat sunat Aidilfitri akibat terpaksa menempuh kesesakan jalan raya.

"Bukan saya saja malah penumpang turut tidak sempat menunaikan solat Aidilfitri.

"Apabila tiba di Marang, Terengganu, saya buka tingkap bas dan ketika itu, saya hanya dapat mendengar takbir raya saja.

"Selain itu, ada juga penumpang yang kerap bertanya adakah kami sempat menunaikan solat sunat Aidilfitri," tambahnya.

Katanya lagi, memandu bas ekspres pada Ramadan umpama 'bermain' dengan masa dan setiap pemandu seharusnya peka dengannya.

"Pengalaman memandu bas sepanjang Ramadan sangat mengujakan. Ini kerana, kita biasanya boleh tiba awal ke destinasi dituju. Contoh, pada bulan biasa, kita akan berhenti makan, rehat dan solat yang mengambil masa sehingga satu jam.

"Bagaimanapun, ketika Ramadan, kita hanya berhenti rehat kira-kira 30 minit sahaja," katanya.

Pada masa sama, menurutnya, bagi perjalanan ke destinasi akhir yang biasanya adalah pada waktu malam, dia akan berusaha memastikan penumpang sempat bersahur.

"Pernah sekali, sebaik tiba di terminal bas Kajang, tiada kedai makan dibuka. Saya usaha mencari stesen minyak dan berhenti di lokasi berkenaan bagi membolehkan penumpang mencari makanan untuk bersahur," katanya.

Menurutnya yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu, bukan mudah memandu bas ekspres ketika cuaca panas.

"Sepanjang Ramadan, antara cabaran kepada pemandu bas ekspres ialah perjalanan waktu siang. Contoh, jika bergerak waktu pagi dari Kuala Lumpur, kita akan berada di lebuh raya dan pastinya, cuaca adalah sangat panas.

"Cabarannya ialah kita akan mudah rasa mengantuk selain lapar. Apa yang boleh saya lakukan ialah hanya menyembur air ke muka menggunakan botol penyembur," katanya.

Dia turut berkongsi pengalaman berbuka di dalam ruang bagasi bas ekspres.

"Contohnya di Shah Alam. Saya pernah sampai ketika hampir waktu berbuka dan pada masa itu, semua kedai makan penuh.

"Kami beli makanan dan duduk di dalam ruang bagasi untuk berbuka. Pernah juga, kita bentang tikar di belakang bas untuk berbuka puasa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... uk-air-mineral-saja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.079927 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list