CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1667|Reply: 0

[Kelantan] Masalah teknologi, capaian internet halangan rakyat daftar PADU di Kelantan

[Copy link]
Post time 14-3-2024 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Masalah teknologi, capaian internet halangan rakyat daftar PADU di Kelantan

OlehHAZELEN LIANA KAMARUDIN

14 Mac 2024 10:19am








Muhd Nor Aswadi




KOTA BAHRU - Masalah teknologi dan capaian internet terutama di kawasan pedalaman antara halangan yang menyebabkan rakyat di negeri ini masih belum mendaftar sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md Nor berkata, selain itu tidak pandai mengisi borang turut menjadi halangan kepada perkara tersebut selain sikap tunggu dan lihat.


“Untuk itu JaPen telah bekerjasama dengan Jabatan Perangkaan dalam usaha memperhebatkan lagi hebahan kepada orang ramai supaya melakukan pendaftaran PADU.
"Hal ini kerana ia perlu dilakukan sebelum 31 Mac ini. Semua orang perlu tahu PADU akan membantu mereka untuk mendapatkan kemudahan dan bantuan daripada kerajaan,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra JaPen Kelantan bersama kepimpinan Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI), di sini pada malam Rabu.

Menurut beliau, kerajaan telah memudahkan proses mengisi padu dengan menyediakan perkhidmatan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi).

Ujarnya, sehingga Isnin lalu seramai 284,977 rakyat Kelantan telah mendaftar dan mengemaskini PADU.

Muhd Nor Aswadi memberitahu, usaha tersebut akan terus ditingkatkan bagi memastikan seluruh rakyat negeri ini berbuat demikian.


“Kita menjangkakan pendaftaran rakyat Kelantan terhadap PADU akan meningkat sebelum fasa 1 pendaftaran berakhir pada 31 Mac ini,” katanya.

Menurut Muhd Nor Aswadi, pada masa sama JaPen turut masuk masuk ke kawasan pedalaman termasuk perkampungan Orang Asli bagi membuat hebahan.




Tambah beliau, setakat ini Orang Asli memberikan sambutan hangat kepada usaha kerajaan itu.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.084506 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list