CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2279|Reply: 0

F1: Prestasi Ricciardo belum meyakinkan

[Copy link]
Post time 14-3-2024 12:39 PM | Show all posts |Read mode

RICCIARDO

LONDON – Penasihat Red Bull, Helmut Marko memberi amaran kepada Daniel Ricciardo untuk meningkatkan prestasinya selepas bermula hambar dalam dua perlumbaan Formula Satu (F1) ketika ini.

Pemandu kelahiran Australia itu bergelut memberikan yang terbaik bersama pasukan RB F1 Team atau dikenali sebagai ­AlphaTauri selepas hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 pada Grand Prix (GP) Bahrain dan ke-16 di GP Arab Saudi baru-baru ini.

Justeru, Marko mengharapkan sesuatu yang lebih daripada Ricciardo selepas menyaksikan rakan sepasukannya, Yuki Tsunoda menampilkan pemanduan memukau terutama pada sesi kelayakan.

“Terdapat banyak yang dipertaruhkan musim ini untuk kedua-dua pemandu iaitu Tsunoda dan Ricciardo. Saya akui Tsunoda menampilkan persembahan yang cukup baik pada sesi kelayakan, manakala Ricciardo perlu memikirkan sesuatu untuk me­ngubah perkara tersebut.

“Sekurang-kurangnya Tsunoda sangat bagus dalam kelayakan dan turut baik ketika berjuang mengutip mata. Namun, selepas itu sedikit ketinggalan mungkin kerana banyak memberi tekanan pada tayar atau ada sebab lain,” katanya.

Ricciardo mendakwa jentera RB miliknya tidak ‘berfungsi 100 peratus’ sehingga menyukarkannya mendapatkan keputusan terbaik dalam dua perlumbaan sebelum ini.

Pemenang Grand Prix lapan kali itu menyasarkan untuk kembali menyertai Red Bull bagi menggantikan Sergio Perez musim depan, namun dia sedar perlu meningkatkan ­prestasinya jika ingin mencapai ­matlamat tersebut.

Perez telah memulakan kempen musim ini dengan menduduki tempat kedua berturut-turut di belakang rakan sepasukannya, Max Verstappen.

Ia sekali gus mengurangkan tekanan yang dirasai Perez ketika dia mahu terus mengekalkan kedudukannya bersama Red Bull musim depan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... o-belum-meyakinkan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.447080 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list