View: 2645|Reply: 19
|
[Jenayah]
Tak Puas Hati, Caj PSC Dinaikkan Tapi Perkhidmatan Dan Fasiliti Airport Teruk!
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah mengumumkan bahawa penumpang pindahan penerbangan di kebanyakan lapangan terbang Malaysia akan dikenakan caj perkhidmatan penumpang (PSC) sebanyak RM7 untuk penerbangan domestik dan caj sehingga RM42 untuk penerbangan antarabangsa mulai 1 Jun 2024.
Akan tetapi, tiket yang dikeluarkan sebelum 1 Jun 2024 tidak akan tertakluk kepada kadar baharu, walaupun tarikh perjalanan berlaku pada atau selepas 1 Jun.
Difahamkan, pelancong domestik pindahan penerbangan di kebanyakan lapangan terbang di Malaysia akan dikenakan bayaran RM7, manakala mereka dengan pindahan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan dikenakan bayaran RM10.
Bagi pelancong antarabangsa pindahan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1) akan dikenakan bayaran RM42. Bagi KLIA Terminal 2 pula, kadar sedia ada adalah serupa dengan T1 iaitu RM35 untuk destinasi ASEAN dan RM73 untuk destinasi lain.
Tetapi kadar baru menjadi rata untuk semua destinasi antarbangsa iaitu RM50. Ini bermakna, penumpang destinasi ASEAN perlu membayar lebih tetapi destinasi antarabangsa dikurangkan kadar PSC.
Hal ini telah meraih perhatian orang ramai terutama sekali mereka yang sering bercuti kerana kini mereka perlu membayar lebih.
Bukan itu sahaja, rata-rata rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan kenaikan ini dan mengatakan servis yang ditawarkan tidak setimpal dengan bayaran yang dikenakan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
klia tak rahmah ye guys huhu |
|
|
|
|
|
|
|
PH menang, rakyat senang |
|
|
|
|
|
|
|
yg memekak2 ni mostly pengguna T2 aka air asia kan? ok la tu RM50 jaaa pong utk semua overseas destination, pi jakarta mmg rasa rugi, kena bayar mahal, tapi kalau kashmir, murah kan bayar RM50 jurrrr, ko diam je kan. klia1 kena charge lebih dari dabel k kalau setakat nak pi jakarta jaa pong
aku rasa org yg mampu naik mas, sia, emirates, garuda air dan sengakatan nya takda pon memekak gini. |
|
|
|
|
|
|
|
apa kene kenaikan rega dgn di bawah ini?
kenapa aku tanya ialah 3 entiti malaysia pasal airport malaysia tetiba kau amek satu entiti asing dlm tu ttg epot kita.... dan-dan juga segala mcm yuran epot naik.
kau dah kenapa eh?
|
|
|
|
|
|
|
|
rahmat apa ni eh bila rakyat sendiri dipedajal mcm ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
Momod thread gmbr fitnah cmni pun leh bgi kredit ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Okey, tak setuju sebab KLIA airport rating sangat teruk, servis teruk, mesin Self Check In pun tak standard dan tak boleh scan pasport. Pekerja KLIA pun tak dan courtesy dan majoriti pekerja dari Sabah. |
|
|
|
|
|
|
|
Bayar jelah x payah bising2.
|
|
|
|
|
|
|
|
dari bangunan satelit nak ke main terminal, masa nak menunju naik bas tu...jauh bebenor menapak rasanya..bila la aerotrain nak sembuh kan..selagi tak elok semua fasiliti tu, tak payoh le naik kadar charge rasanya...lain la tiptop gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rosmahisham at 15-3-2024 06:47 AM
Aku x pnh pulak tunggu bas lama,mungkin flight pagi kot..cuma kelakar la jgk pegawai emi suh naik puan..naik je..katanya..aku ni tertunggu2 la ank& laki aku..terbyg mcm nk ke jln TAR zmn bdk2 dulu..udah mcm konduktor bas .terigt konduktor bas mini suh masuk2 lg dlm2 ha ha.hrp bangla,indon,vietnamese segala mala warga asing yg duk mesia ni x merempan & tjk perasaan la kn..byk gomen dpt duit dr derang klu betul2 buat.igt warga asing blh terlepas nk charge mcm kat hospital boleh lari geramm je gomen kita lak kena tanggung bila derang pandai melarikn diri! |
|
|
|
|
|
|
|
nak cover aerotrain brand new flawless |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak.. patutnya beli tiket aritu.. rugi.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|