CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2409|Reply: 0

Klopp tetap pendirian, tiada pusingan-U

[Copy link]
Post time 14-3-2024 02:12 PM | Show all posts |Read mode

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp ketika sidang media menjelang aksi Liga Europa menentang Sparta Prague di Anfield, Liverpool. - Foto REUTERS

LIVERPOOL: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp berkata kepulangan Michael Edwards sebagai ketua eksekutif bola sepak Fenway Sports Group tidak akan mempengaruhi keputusannya meninggalkan Anfield akhir musim ini.

Pengendali dari Jerman itu sudah bercakap dengan Edwards, pengarah sukan kelab yang berkongsi banyak kejayaan dengannya sebelum meninggalkan Anfield pada tahun 2022, tetapi tidak akan ada pusingan-U oleh Klopp.

Edwards berkhidmat lebih sedekad dalam pelbagai jawatan di Anfield dan pemilik FSG mahu dia mengambil alih jawatan baharu bagi memantau peralihan sebaik ketiadaan Klopp.

Ditanya sama ada Edwards memujuknya untuk kekal, Klopp berkata: "Tidak, kerana - dan ia amat penting dalam tugasnya - dia tidak bodoh.


"Ia bukan subjek untuk dibincangkan. Bolehkah anda bayangkan jika saya ubah fikiran sekarang? Sudah tentu tidak.

"Ia seperti saya kata yang saya tidak akan berpindah ke mana-mana kelab di England dan tahun depan saya menandatangani kontrak bersama jiran kita atau kelab yang memerlukan jurulatih."

Klopp menganggap Edwards adalah pilihan terbaik, dan dia sudah lama memikirkan keputusannya untuk meletak jawatan sebagai pengendali Liverpool.

"Saya tidak katakan perkara ini tanpa memikirkannya terlebih dahulu. Bagi saya ia kelab terbaik di dunia dan saya tetap akan meninggalkannya. Itu yang cuba saya jelaskan," katanya. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... an-tiada-pusingan-u
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.049218 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list