CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4249|Reply: 4

[Dunia] Penduduk Grobogan solat Tarawih atas katil akibat banjir

  [Copy link]
Post time 15-3-2024 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk Grobogan solat Tarawih atas katil akibat banjir
Oleh KOSMO
15 Mac 2024, 9:31 am


Salah seorang mangsa banjir di Grobogan menunaikan solat di atas katil - OKEZONE


JAKARTA – Beratus-ratus ribu penduduk dari 12 mukim di Grobogan, wilayah Jawa Tengah, tidak dapat menunaikan solat Tarawih seperti biasa, malah terpaksa berbuka puasa di dalam banjir, lapor laman berita Okezone semalam.

Seorang penduduk Grobogan berusia 40 tahun dikenali sebagai Ngatiman bagaimanapun berkata, dia menganggap banjir di bulan  Ramadan adalah rahmat Allah.

“Alhamdulillah, kami masih boleh berbuka puasa walaupun kami terpaksa menikmati makanan dalam keadaan air memasuki rumah pada ketinggian atas buku lali. Rumah kami digenangi air banjir,” katanya.

Keluarga Ngatiman juga  tidak dapat menunaikan solat Tarawih secara berjemaah di masjid atau surau.

Ini kerana air di luar rumah cukup tinggi sehingga melebihi paras lutut orang dewasa.

Malah, beberapa tempat ibadat turut dinaiki air, yang dilaporkan mula masuk sekitar petang sebelum waktu Maghrib.

“Walaupun tidak dapat berjemaah, kami bersyukur kerana kami masih boleh menunaikan solat di rumah menggunakan katil atau meja yang dibersihkan dan diatur kemudian,” sambung Ngatiman yang juga Pesuruhjaya KPU Grobogan.

Sementara itu, menurut rekod Badan Pengurusan Bencana Daerah(BPBD), lebih daripada 12 mukim di Grobogan turut terjejas akibat banjir dan paras air dilaporkan berbeza, iaitu antara pergelangan kaki hingga atas perut orang dewasa.

Bagaimanapun, pegawai BPBD dan pasukan mencari serta  pihak berkuasa  lain sudah bersiap sedia untuk memberikan bantuan. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
@nusaraya sholat dimana?

Di atas kasur?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 11:22 AM | Show all posts
Dalam situasi sukar macam tu, buat yang wajib sudah la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 12:11 PM | Show all posts
Tahniah diucapkan
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 12:16 PM | Show all posts
Orang pantai timur sholat masa banjir ada masuk forum indon tak?

btw, elok ja katil dia mengadap kiblat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.191980 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list