CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6706|Reply: 1

[Jenayah] Tidak suka jadi isteri sepenuh masa, punca pilih suami orang

[Copy link]
Post time 16-3-2024 07:27 AM | Show all posts |Read mode
Tidak suka jadi isteri sepenuh masa, punca pilih suami orang
Oleh KOSMO!
15 Mac 2024, 5:00 pm



Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tidak suka menjadi isteri sepenuh masa merupakan antara salah satu daripada lima sebab mengapa seorang wanita memilih untuk mendapatkan suami orang sebagai lelaki pilihan mereka.

Melalui satu perkongsian seorang wanita tersebut yang kini tular di laman sosial Facebook jelasnya, terdapat lima sebab kenapa dia memilih untuk bernikah dengan suami orang.

“Pertama, saya nak masa saya bersendirian, golek-golek atas katil, lapar saya ke dapur, dah kenyang saya tonton filem. Itu terapi paling baik yang tidak boleh dibayar semahal mana pun.

“Kedua, bila berjauhan dengan suami rasa teruja nak jumpa dia, rindu. Mungkin awal-awal rasa janggal berjauhan, tetapi ramai sahaja rakan yang berkahwin jarak jauh (PJJ),” tulis wanita tersebut.

Dalam pada itu sebab ketiga jelasnya, bagi wanita yang telah berusia, bagaimanapun susah untuk mencari lelaki bujang yang lebih tua daripadanya jika tidak suami orang.

“Tidak kira janda atau perawan, nak dapatkan pasangan lebih tua daripada kita susah, kalau yang baik selepas universiti mesti dah nikah. Sebelum umur 30 dah kahwin, jadi suami orang adalah pilihan tepat.

“Manakala sebab seterusnya adalah saya akan ada banyak masa dengan keluarga,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2024 12:02 PM | Show all posts
Penyondol part-time
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.178756 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list