CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3916|Reply: 0

Harimau Malaya raih tonik terbaik

[Copy link]
Post time 16-3-2024 10:29 AM | Show all posts |Read mode

AKSI antara Malaysia dan Nepal semalam di Stadium Mini UiTM Shah Alam. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya meraih tonik terbaik menjelang aksi penting berdepan Oman apabila melakar kemenangan dalam aksi pemanas badan bertemu Nepal, malam tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung secara tertutup di Stadium Mini UiTM Shah Alam itu, anak didik Kim Pan-gon mencatat kemenangan 5-1, sekali gus memberi keyakinan kepada pasukan.

Malaysia yang akan bertandang ke Muscat bagi berdepan Oman untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Jumaat depan dilihat memanfaatkan sebaiknya aksi persahabatan itu.

Pan-gon menurunkan seberapa ramai pemain bagi memberi peluang meraih minit permainan serta meningkatkan kecergasan di mana perlawanan berkenaan dilangsungkan secara empat babak dengan setiap separuh masa selama 35 minit, atau 140 minit keseluruhan.



Skuad negara yang kembali turun beraksi selepas kali terakhir berjuang di Piala Asia Qatar Januari lalu meraih lima gol menerusi sepakan penalti Darren Lok pada minit 31 sebelum dia sekali lagi meledak gol kedua empat minit kemudian.

Pemain tengah Sabah FC, Stuart Wilkin menambah kelebihan dengan gol ketiga di minit 46 disusuli Daniel Ting dan Mukhairi Ajmal, masing-masing meledak di minit 48 dan 135.

Gol sagu hati lawan pula diraih oleh Sameer Tamang di minit 68.

Dalam aksi itu juga, kelihatan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) turut beraksi selepas melaporkan diri semalam.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -raih-tonik-terbaik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.055481 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list