CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4052|Reply: 0

Hamilton bikin SMK Seri Keramat riuh-rendah

[Copy link]
Post time 16-3-2024 10:30 AM | Show all posts |Read mode

HAMILTON (kiri) hadir ke SMK Seri Keramat semalam. FOTO Ihsan Petrosains - The Discovery Centre

Kuala Lumpur: Menjerit penuh dengan kesukaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Keramat, ia bukan disebabkan pengumuman cuti tapi legenda Formula Satu (F1), Lewis Hamilton hadir ke sekolah mereka.

Ia bagaikan detik yang tidak disangka-sangka buat seluruh warga SMK Seri Keramat seorang ikon permotoran dan juga tokoh masyarakat berdiri penuh megah di pentas sekolah berkenaan semalam.

Berita lawatan pelumba yang mewakili Mercedes itu ke sekolah berkenaan mula menjadi tular selepas kehadirannya dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Cikyayaputri.



    @cikyayaputri Lewis Hamilton datang yall. Welcome to SMK! #kualalumpur #lewishamilton #f1 #petronas original sound - Formula 1

Menerusi video yang dimuat naik oleh @cikyayaputri, Hamilton dilihat menaiki pentas sebelum disorak dengan penuh kekaguman oleh warga SMK Sri Keramat.

"Lewis Hamilton datang yall. Welcome to SMK! #kualalumpur, #lewishamilton #f1 #petronas," kata @cikyayaputri.

Difahamkan Hamilton ke sekolah berkenaan kerana mereka muncul sebagai juara sebuah pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Petronas Chemical Group (PCG) sebelum ini.

Petronas pula sejak 2010 menjadi rakan kongsi teknikal kepada pasukan Mercedes-AMG iaitu pasukan yang diwakili Hamilton sekarang bagi saingan F1.

Jadi, dia mungkin hadir ke sekolah berkenaan sebagai sebahagian daripada program syarikat petroleum utama negara itu.

"LEWIS HAMILTON COYYY," kata salah seorang netizen di akaun TikTok @cikyayaputri.

Tidak kurang juga ada yang memberi komen berbentuk gurauan seperti Hamilton pernah bersekolah di SMK Sri Keramat.

"Tak silap aku dulu lewis sekolah kat sini," kata seorang pengguna TikTok bernama Axel.

Ada juga menganggap sekolah berkenaan sangat bertuah kerana menerima kunjungan sensasi pelumba F1 kelahiran Britain itu.

"Whatt, luckiest school ever," kata maxx.

"Rugi ah kau ponteng sekolah lewis hamilton datang sekolah weh," kata kentucky.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... keramat-riuh-rendah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.060200 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list