CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3857|Reply: 1

[Terengganu] Gajah cedera kaki dirempuh Porsche Cayenne

  [Copy link]
Post time 16-3-2024 10:43 AM | Show all posts |Read mode

Seekor gajah terbaring kesakitan selepas dirempuh sebuah SUV jenis Porsche Cayenne di Kilometer 45, Jalan Kuala Terengganu - Kampung Raja berhampiran Kampung Kolam, Setiu, semalam.

SETIU – Seorang pengurus syarikat cemas selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah, Porsche Cayenne dipandunya merempuh seekor gajah di Kilometer 45, Jalan Kuala Terengganu – Kampung Raja berhampiran Kampung Kolam di sini, malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 10.15 malam itu, bahagian hadapan kenderaan dipandu Sharul Azma Che Samaon,42, remuk teruk manakala gajah itu pula mengalami kecederaan pada bahagian kaki.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata, sewaktu kejadian, mangsa dikatakan dalam pulang ke Lembah Bidong dari Rhu Sepuluh, di sini.

“Kenderaan dipandu mangsa gagal mengelak gajah yang tiba-tiba melintas jalan itu menyebabkan ia terbaring di tengah jalan seketika dan kemudiannya kembali ke hutan berhampiran,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

“Gerakan mengesan gajah yang cedera tersebut sedang giat dilakukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... uh-porsche-cayenne/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2024 12:06 PM | Show all posts
Yang penting kedua-duanya selamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.071257 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list