CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5482|Reply: 1

Harimau Malaya belasah Nepal sebelum hadapi Oman

  [Copy link]
Post time 16-3-2024 11:40 AM | Show all posts |Read mode

Aksi pemain negara ketika menentang Nepal. - Foto ihsan FAM

KUALA LUMPUR: Malaysia menampilkan kelas tersendiri apabila membelasah pasukan ranking dunia ke-175, Nepal 5-1 pada perlawanan ujian tertutup di Stadium UiTM Shah Alam, lewat malam tadi.

Perlawanan itu ialah kali pertama skuad Harimau Malaya beraksi sejak kempen Piala Asia 2023 di Qatar Januari lepas dan satu-satunya aksi pemanas badan dalam menghadapi dua aksi getir Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman bulan ini.

Pada perlawanan yang dijalankan secara empat separuh masa selama 140 minit itu, Malaysia mendahului 4-0 hasil dua gol Darren Lok pada minit ke-31 (penalti) dan minit ke-35, diikuti jaringan Stuart Wilkin dan Daniel Ting masing-masing pada minit ke-46 dan minit ke-48.

Nepal berjaya membolosi gawang negara apabila Sameer Tamang menjaringkan gol tunggal pasukan pada minit ke-68 sebelum Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi melengkapkan kemenangan skuad bimbingan Kim Pan Gon menerusi jaringan pada minit ke-135.


Malaysia di kedudukan ke-132 dunia, dijadual bertemu Oman (ke-80 dunia) di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat pada 21 Mac ini (22 Mac, 2 pagi waktu Malaysia) dan aksi di tempat sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac.

Selepas beraksi dua perlawanan menentang Oman, Malaysia dijadual bertemu Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun sebelum menamatkan saingan kumpulan menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.

Malaysia kini menerajui saingan Kumpulan D dengan mengumpul enam mata, diikuti Oman kedua yang berkongsi tiga mata bersama Kyrgyzstan di tempat ketiga, manakala Taiwan tercorot tanpa sebarang mata.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan mengesahkan tempat ke saingan Piala Asia 2027, sementara dua pasukan terbawah akan beraksi dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027.

Pasukan negara yang menyasarkan untuk layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia buat julung kali, dijadual berlepas ke Muscat pagi esok. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... sebelum-hadapi-oman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2024 11:56 AM | Show all posts
Tahniah diucapkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.050905 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list