CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5184|Reply: 0

[Kelantan] Berbekalkan 'kerepek' mampu raih RM15,000

[Copy link]
Post time 16-3-2024 12:58 PM | Show all posts |Read mode

Kota Bharu: Memperoleh pendapatan lumayan sehingga RM15,000 dengan hanya duduk di kaki lima sebuah bank, di sini, seorang wanita warga emas lebih selesa menjalankan aktiviti itu sejak tiga tahun lalu.

Datang seawal jam 6 pagi dengan menunggang motosikal dan berbekalkan 'kerepek' untuk meraih simpati, Zaimah (bukan nama sebenar), 63, yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan di beberapa premis sanggup meninggalkan pekerjaan itu.

Zaimah berkata, pendapatan hariannya tidak menentu iaitu antara RM200 hingga RM500 sehari namun jika bulan Ramadan, ia memberi kemewahan luar biasa buatnya serta pengemis lain kerana boleh mencecah RM800 sehari.

"Dulu saya kerja pengawal keselamatan dengan gaji lebih RM1,000 sebulan tapi sejak tiga kebelakangan ini saya mengemis di kaki lima sebuah bank dan pendapatannya sangat luar biasa.



"Saya menunggang motosikal datang ke bank ini jam 6 pagi setiap hari dan menjelang tengah malam baru pulang ke rumah tidak jauh dari sini," katanya yang memiliki tujuh anak.

Zaimah berkata, jika dulu dia agak selesa bersendirian mengemis di luar premis itu namun kebelakangan ini agak terancam dengan kehadiran pengemis warga Thailand yang dilihat lebih bijak menggunakan taktik.

Wanita itu berkata, pengemis warga Thai biasanya menggunakan bayi atau kanak-kanak sebagai umpan untuk meraih simpati orang ramai memberi sedekah.

"Sudah pasti mereka memperoleh lebih banyak wang sedekah kerana orang ramai lebih simpati walaupun langsung tidak tahu berbahasa Melayu," katanya.

Bagi seorang peniaga kedai makan yang ingin dikenali sebagai Mariana, 36, sepanjang dia berniaga di Dataran Muhammadi, di sini, kelibat pengemis mundar mandir di kawasan itu sudah menjadi kebiasaan.

Dia berkata, rumah sewa sekitar kawasan itu juga sudah dimonopoli penyewa warga Thai yang terdiri daripada pengemis malah ada dalam kalangan mereka bertindak melampau dengan menawarkan bilik untuk disewa.

"Baru-baru ini saya mencari rumah sewa sekitar pusat bandar dan alangkah terkejutnya apabila ditawarkan bilik untuk disewa oleh penyewa rumah berbangsa Thailand dan kebanyakan mereka adalah pengemis.

"Selain pasar raya dan kaki lima bank, pengemis turut membanjiri perkarangan Masjid Muhammadi, di sini dan setiap kali selepas solat jemaah lima waktu atau Solat Jumaat, mereka akan berkerumun di pintu pagar masjid dengan bekas duit di tangan sambil meminta sedekah.

"Keadaan akan semakin meriah pada Ramadan dan menjelang Syawal malah ada yang sanggup tidur di tepi jalan sekitar kawasan ini kerana ramai yang memberi sedekah," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -mampu-raih-rm15000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.143500 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list