CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5112|Reply: 0

Van Dijk teruja permusuhan Liverpool-United

[Copy link]
Post time 16-3-2024 01:10 PM | Show all posts |Read mode

Virgik van Dijk (kanan) meraikan gol kemenangannya bersama Kostas Tsimikas pada final Piala Liga menentang Chelsea di Wembley bulan lalu. – Foto REUTERS

LONDON: Virgil van Dijk berkata saingan sengit permusuhan antara Liverpool dengan Manchester United akan menjadikan aksi suku akhir Piala FA Inggeris malam esok sebagai ujian paling getir bagi pemburu empat kejuaraan itu.

Liverpool menuju ke Old Trafford malam esok mengintai peluang untuk menghampiri trofi kedua dalam musim terakhir pengurus Jurgen Klopp di Merseyside.

Sesudah menundukkan Chelsea pada final Piala Liga, pasukan kendalian Klopp bersaing sengit dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris bersama Arsenal dan Manchester City selain berdepan Atalanta pada suku akhir Liga Europa.

Ketika Liverpool menyasarkan untuk menyapu bersih trofi manakala United mengekalkan peluang untuk merangkul trofi terakhir mereka musim ini, pentas dibuka bagi permusuhan terhebat dalam sejarah bola sepak Inggeris.



Dipisahkan dengan hanya 56 kilometer, bandaraya Liverpool dan Manchester bermusuh sejak Revolusi Industri, bersaing bagi kejayaan dalam bola sepak, muzik, fesyen dan beberapa lagi persaingan domestik.

Di tengah padang, Liverpool dan United menghasilkan beberapa pertembungan klasik.

United memegang rekod 20 kejuaraan Inggeris namun Liverpool, yang menang enam Piala Eropah berbanding musuh mereka tiga, berharap untuk menyamai pencapaian itu musim ini.

Dalam beberapa tahun kebelakangan, Manchester City muncul pencabar terdekat Liverpool dalam beberapa siri saingan sengit bagi merebut kegemilangan Liga Perdana.

Namun di sebalik perubahan keseimbangan kuasa, kapten Liverpool, Van Dijk percaya bertemu United masih memerlukan satu tahap komitmen yang unik.

Ditanya untuk menggambarkan pengalaman berdepan United, pertahanan tengah Belanda itu berkata: "Tegang. Bukan hanya perlawanan sebenar tetapi menjelang perlawanan juga tegang. Saya suka terbabit dalam perlawanan sebegini."

Van Dijk menambah: "Kami sering mengharungi perlawanan sukar menentang mereka dan saya jangkakan ia sukar juga Ahad ini.

"Mereka sudah menemui jalan untuk menang tetapi saya fokus apa yang kami akan lakukan menentang mereka. Ia sering kali sukar, ia sering kali tegang.

"Sejarah perlawanan dengan dua kelab terbesar di England mencetus harapan dan tekanan tambahan. Tetapi kenapa tidak hanya keluar ke sana dan menikmatinya, memperagakan permainan kami dan harapnya layak ke pusingan berikutnya."

Liverpool mempunyai kelebihan akhir-akhir ini, menang 5-0 di Old Trafford pada 2021 selain menang 7-0 di Anfield tahun lalu. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... an-liverpool-united
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.060009 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list