CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5445|Reply: 0

[Kedah] Gerai ulam 'Cikgu Faiz' tarikan di bazar Ramadan Stadium Darul Aman

[Copy link]
Post time 16-3-2024 01:14 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Faiz (dua kiri) melihat pelanggan pelbagai jenis ulaman yang dijual di gerainya di bazar Ramadan di Stadium Darul Aman yang menjadi tarikan pengunjung setiap hari. - Foto ZULIATY ZULKIFFLI

ALOR SETAR: Gerai menjual pelbagai jenis ulam-ulaman yang dijual 'Cikgu Faiz' adalah antara yang menjadi tarikan pengunjung ke bazar Ramadan Stadium Darul Aman, sepanjang Ramadan ini.

Selain ulam, turut dijual adalah tujuh jenis sambal belacan yang siap dibungkus untuk memenuhi citarasa penggemar ulam.

Muhammad Faiz Hashim, 29, yang bertugas sebagai guru dari Pokok Sena berkata, dia mengambil peluang menjual ulam-ulaman ketika bulan puasa kerana ia adalah antara hidangan yang wajib bagi penggemar ulam.

Katanya, dahulunya ulam tiada nilai kerana mudah didapati di kawasan kampung dan kadangkala diberi percuma oleh penduduk kampung namun kini ulam-ulaman adalah antara sayuran yang boleh mendatangkan keuntungan.



Beliau menjual tiga jenis ulam iaitu rebus, bakar dan ulam segar dengan harga berpatutan.

"Sudah tujuh tahun saya berniaga ulam di bazar Ramadan Stadium Darul Aman ini dan Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan daripada pengunjung yang datang ke sini.

"Harga ulam-ulaman yang dijual di sini antara 50 sen hingga RM2 bergantung jenis ulam yang mudah diperoleh dan ulam yang jarang dijual di mana-mana tempat," katanya ketika ditemui di bazar Ramadan di sini semalam.

Muhammad Faiz berkata, kebanyakan ulam itu diperolehinya dari kawasan kampung di sekitar Pokok Sena dan Alor Setar selain ditanam sendiri di kawasan rumah.

Malah, beliau turut mengupah orang untuk mencari ulaman untuk dijual di situ sepanjang bulan Ramadan ini.

"Dulu kami jual ulam ikut set dengan sambal belacan tetapi sekarang tidak lagi kerana cita rasa pelanggan berbeza-beza.

"Kami jual sambal belacan biasa, sambal belacan buah kuini, sambal belacan buah pelam, sambal udang padang, budu dan cabai ikan," katanya.

Sementara itu, pelanggan, Siti Aminah Ismail, 40, berkata, dia tidak melepaskan peluang membeli tiga atau empat jenis ulam di situ kerana amat menggemari sayuran tradisional itu.

"Sangat mudah beli di bazar Ramadan ini kerana sebelum ini saya terpaksa mencarinya di sekitar pasar tani, itupun kalau kalau ada yang jual," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -stadium-darul-aman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.086571 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list