CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6039|Reply: 0

[Kedah] Penjawat awam negeri tidak boleh pegang jawatan JKKP

[Copy link]
Post time 16-3-2024 02:10 PM | Show all posts |Read mode

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Mansor Zakaria. Foto fail NSTP

ALOR SETAR: Kedah tidak memberi kebenaran kepada penjawat awam negeri untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) daripada Kerajaan Persekutuan, mahu pun Majlis Ketua Kampung (MKK) daripada kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Mansor Zakaria, berkata keputusan itu sudah lama dibuat supaya ia tidak mengganggu tugas hakiki mereka.

"Memang penjawat awam negeri tidak boleh (menjawat jawatan berkenaan) sebab ia akan mengganggu tugasan harian mereka.

"MKK pun penjawat awam tidak akan dilantik," katanya ketika dihubungi di sini.


Hari ini, tular di media sosial yang memaparkan tajuk 'Kedah halang penjawat awam negeri terima lantikan JKKP daripada Kerajaan Persekutuan'.

Ia termasuk paparan memo Majlis Daerah Padang Terap mengenai pelantikan JKKP dalam kalangan penjawat awam di negeri itu.

https://www.bharian.com.my/berit ... pegang-jawatan-jkkp

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.065994 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list