CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6471|Reply: 0

Pan-gon ambil pendekatan berjaga-jaga

[Copy link]
Post time 16-3-2024 02:35 PM | Show all posts |Read mode

PAN-gon (kiri) mengakui beliau dan barisan kejurulatihan perlu bijak menyusun strategi terbaik. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia

Kuala Lumpur: Ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berserak!

Demikian langkah berjaga-jaga yang perlu diambil pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon dalam mempersiapkan anak buahnya menjelang aksi getir berdepan Oman dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Muscat, Jumaat depan.

Ujar Pan-gon, ketiadaan latihan dan perlawanan kompetitif sejak dua bulan lalu ekoran saingan Liga Malaysia (Liga M) masih belum dilangsungkan, menyebabkan isu kecergasan menjadi faktor utama yang perlu dititik beratkan barisan kejurulatihan negara.

Jelasnya, jika corak latihan terlalu 'keras' dilakukan ketika sesi latihan, kemungkinan risiko kecederaan pula boleh berlaku dan ia akan mengganggu perancangan pasukan.



Lantas, Pan-gon mengakui beliau dan barisan kejurulatihan perlu bijak menyusun strategi terbaik agar objektif mempersiapkan pasukan benar-benar capai tahap optimum apabila turun berdepan lawan yang berada di tangga ke-80 dunia itu nanti.

"Selain daripada motivasi, kami kena bijak walaupun saya sebenarnya cukup bimbang dengan masalah kecederaan di mana kalau kita terlalu memberi tekanan (ketika latihan) pemain akan mudah mendapat kecederaan.

"Kalau kita tak tekan pula, kita akan berdepan masalah kecergasan. Jadi bagi saya kami perlu lebih berjaga-jaga dengan memikirkan kaedah yang lebih bijak dan planning game juga perlu bersedia sepenuhnya untuk perlawanan ini.

"Selain daripada perkara kecederaan dan kecergasan permainan, kami kena menyusun sebaiknya cara untuk mengekang pasukan di rangking 80 dunia itu terutama di tempat lawan.

"Barisan kejurulatihan sedang melakukan sebaiknya strategi berkesan dan kami cuba. Kadang kala ia berkesan dan kadang kala ia tidak.

"Namun kami sentiasa cuba menyediakan strategi permainan, taktikal permainan dan kami akan berikan sebaik mungkin, dan cuba hadiahkan keputusan positif kepada peminat tempatan," katanya.

Malam tadi, skuad negara meraih tonik terbaik menjelang aksi dengan Oman apabila melakar kemenangan 5-1 ke atas Nepal dalam satu-satunya aksi pemanas badan yang diadakan secara tertutup di Stadium Mini UiTM Shah Alam itu.

Pasukan negara akan terbang ke Oman esok sebelum kedua-dua pasukan sekali lagi bertemu di Stadium Nasional Bukit Jalil, empat hari kemudian.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ekatan-berjaga-jaga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.212215 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list