CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7817|Reply: 0

[Terengganu] Ayam tin hidangan istimewa Ramadan

  [Copy link]
Post time 16-3-2024 03:10 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Lokman menunjukkan ayam yang dibakar dengan menggunakan tin aluminium di Kampung Tok Jiring. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Nerus: Berbekalkan 30 tin minyak masak, seorang peniaga mampu menjual antara 80 hingga 100 ayam bakar setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

Mohd Luqman Yusof, 37, dari Kampung Tok Jiring, dekat sini berkata, ayam yang diperap dengan rempah diletakkan dalam tin dan digunakan ibarat ketuhar dan bara api diletakkan di luar bagi memasaknya.

Menurutnya, jika cuaca panas masa hanya satu jam diambil untuk membakar ayam namun jika hujan atau suhu tidak panas ia akan mengambil masa hingga dua jam untuk masak sempurna.

"Penggunaan tin lebih bersih kerana tidak dicemari dengan debu atau habuk ketika proses pembakaran dilakukan kerana ia berpenutup.



"Ayam dibakar menggunakan tin tidak akan hangus seperti dipanggang atas bara api kerana ia hanya menggunakan wap panas sahaja untuk dimasak," katanya yang mula menjual sejak 2016.

Katanya, melalui pembakaran seperti itu ayam yang dimasak lebih berjus dan tidak keras namun mengambil masa yang lama untuk dimasak.

Katanya, ayam yang siap dibakar dijual dengan harga RM28 seekor dan sambutan menggalakkan kerana setiap hari ayam habis dijual malah tidak mencukupi namun dia tidak mampu untuk membakar ayam dalam jumlah yang lebih.

"Kalau lebih daripada 100 ekor sudah tentu mengambil masa hingga melepasi waktu berbuka dan menyusahkan pelanggan.

"Saya hadkan jumlah pembakaran ayam bagi menjaga kualiti dan menjamin ia dimasak sempurna," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-istimewa-ramadan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.068638 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list