CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17693|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua keldai akaun ditahan, mangsa rugi RM24,480

[Copy link]
Post time 16-3-2024 06:04 PM | Show all posts |Read mode
Dua keldai akaun ditahan, mangsa rugi RM24,480

16 Mac 2024 03:10pm








Polis menahan dua lelaki yang menjadi ‘keldai akaun’ kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan dua mangsa mengalami kerugian lebih RM24,480 dalam serbuan berasingan di Pulau Pinang pada Jumaat. Gambar hiasan




BALIK PULAU - Polis menahan dua lelaki yang menjadi ‘keldai akaun’ kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan dua mangsa mengalami kerugian lebih RM24,480 dalam serbuan berasingan di Pulau Pinang pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki pertama berusia 21 tahun ditahan selepas menjadi 'keldai akaun' sindiket memperdaya mangsa berhubung penipuan urusan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.



Beliau berkata, mangsa membuat enam transaksi secara dalam talian ke akaun bank lelaki berkenaan, yang membabitkan jumlah keseluruhan RM20,503.

Katanya, tangkapan kedua pula melibatkan lelaki berusia 55 tahun yang menjadi 'keldai akaun' sindiket, yang memperdaya mangsa dengan menawarkan cabutan bertuah secara dalam talian yang tidak wujud sehingga menyebabkan mangsa membuat transaksi RM3,977," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.


Katanya, kedua-dua lelaki itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menipu.
Sementara itu Kamarul Rizal berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 42 tahun kerana bertindak memecah peti besi pos laju di Sungai Tiram, Bayan Lepas dipercayai untuk mengambil sampul duitnya yang termasuk ke dalam peti pos berkenaan, semalam.

Beliau berkata, lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan itu ditahan di Jalan Halaman Mayang 4, Bayan Baru susulan laporan polis berhubung kejadian Rabu lepas.

"Berdasarkan siasatan awal suspek bertindak memecahkan peti besi pos laju itu untuk mengambil wang tunainya RM3,064 dalam satu sampul surat, yang termasuk ke dalam peti pos laju berkenaan," katanya.




Lelaki itu direman sehingga 20 Mac ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat Seksyen 457 Kanun Keseksaan. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.064887 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list