CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18346|Reply: 0

[Pulau Pinang] Berbuka puasa dalam sawah padi

[Copy link]
Post time 16-3-2024 06:07 PM | Show all posts |Read mode
Berbuka puasa dalam sawah padi

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

16 Mac 2024 03:00pm








Penduduk berbuka puasa sambil menikmati panorama replika jerami gulung di Kampung Kelompang.




ALOR SETAR - Sekumpulan anak muda mengambil pendekatan mengadakan majlis berbuka puasa dalam sawah padi yang dihiasi replika jerami gulung di Kampung Kelompang, Jalan Tok Keling di sini.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Anak Bumi Hijau, Shahidan Chinta berkata, usaha berbuka puasa beramai-ramai secara santai diambil untuk mengeratkan silaturahim.



Katanya, mereka juga dapat berbuka puasa sambil menikmati keindahan pada waktu senja berbanding berbuka puasa di kedai makan.


Shahidan




"Malah, kami berpeluang menikmati panorama menarik arca jerami padi gulung yang menjadi tarikan ketika musim kemarau di Kedah.



"Kawasan sawah padi yang dihiasi jerami gulung ini bukan hanya menjadi lokasi bergambar, malah boleh menjadi lokasi berbuka dan kawasan riadah," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Jumaat.

Tambah beliau, dia dan rakan-rakannya sanggup mengumpulkan wang sehingga mencecah RM5,000 demi menghiasi sawah padi dengan 20 gulung jerami.

Kata Shahidan, terdapat pelbagai replika daripada jerami gulung seperti buaian, hati dan istana menghiasi sawah padi itu.




"Jadi, kami mempelawa orang ramai dan penduduk berdekatan untuk sama-sama memeriahkan kawasan jerami padi gulung dengan aktiviti berbuka puasa," katanya.

Shahidan menyifatkan, pengalaman berbuka puasa dalam sawah padi pastinya menjadi pengalaman berharga dan memori tidak dapat dilupakan.

Katanya lagi, pesta jerami padi Kampung Kelompang masih menerima kehadiran pengunjung seperti biasa walaupun sudah tamat cuti persekolahan dan memasuki bulan Ramadan.






Sekumpulan anak muda mengambil inisiatif berbuka puasa di kawasan sawah padi dihiasi jerami gulung di Kampung Kelompang.




Dalam perkembangan sama, katanya, mana-mana individu yang ingin berniaga boleh menjalankan perniagaan secara percuma di kawasan jerami padi sehingga 30 Mac depan.

"Kami mengalu-alukan peniaga makanan dan minuman berniaga di kawasan ini memandangkan terdapat tapak dan ruang luas berhampiran arca jerami.

"Kehadiran peniaga makan dan minuman dapat memeriahkan kawasan jerami padi gulung di Kampung Kelompang, sekali gus menarik kehadiran lebih ramai pengunjung," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.056002 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list