CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20761|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tindakan ahli Parlimen Bersatu sokong PM makin kuatkan PN - Dominic

[Copy link]
Post time 16-3-2024 06:47 PM | Show all posts |Read mode
Tindakan ahli Parlimen Bersatu sokong PM makin kuatkan PN - Dominic

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

16 Mac 2024 02:15pm








Dominic (dua dari kanan) dan Tong Keong (dua dari kiri) bersama pimpinan Parti Gerakan menunjukkan intipati kandungan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan di Ibupejabat Gerakan pada Sabtu.




GEORGE TOWN - Tindakan beberapa wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyatakan sokongan kepada Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas tidak melemahkan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Pengerusi PN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, tindakan wakil rakyat yang disifatkan sebagai 'belot' itu sebaliknya telah menguatkan lagi PN sebagai pembangkang.



"Semangat PN tidak akan lemah, malah kami akan menjadi lebih kuat kerana kita sudah tahu taktik-taktik Kerajaan Madani untuk melemahkan PN.

"Sebelum ini kita tak tahu, bagaimana cara mereka untuk serang, mencemarkan imej PN atau mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin kita," katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) di Ibupejabat Gerakan di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong.


Dominic




Dominic yang juga Presiden Gerakan berkata, tindakan Kerajaan Madani yang menggunakan kelebihan untuk menyekat peruntukkan kepada wakil rakyat pembangkang merupakan taktik kotor yang cuba bagi melemahkan PN.




"Taktik kotor ini adalah menggunakan kelebihan Kerajaan Madani memberikan peruntukkan kepada wakil rakyat PN untuk menarik sokongan mereka. Ini adalah taktik yang sangat kotor.

"Bagaimanapun taktik itu tidak akan melemahkan barisan pembangkang," katanya.

Menurut beliau, Konvensyen PN yang diadakan baru-baru ini telah membangkitkan isu peruntukkan membabitkan barisan wakil rakyat pembangkang.




"Kita ada bangkitkan isu ini, banyak wakil rakyat yang berkongsi bagaimana mereka bekerja tanpa peruntukkan seperti di Kelantan.

"Wakil rakyat di sana boleh berkhidmat untuk rakyat malah mendapat sokongan undi daripada rakyat negeri itu.

"Sama juga di Terengganu, kita menang semua. Ada cara-cara yang kita kongsi kepada rakan-rakan wakil rakyat bagaimana memberi perkhidmatan kepada rakyat tanpa peruntukkan," katanya lagi.

Dominic berkata, setakat ini, beliau tidak nampak sebarang petanda bahawa akan ada lagi wakil rakyat daripada PN yang akan menyokong Kerajaan Madani.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mencabar kerajaan mengisytiharkan kekosongan kerusi di enam kawasan Parlimen dan satu Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor membabitkan wakil rakyat PN yang belot.

Kerusi terlibat adalah Parlimen Tanjong Karang, Bukit Gantang, Jeli, Gua Musang, Kuala Kangsar, Labuan dan DUN Selat Klang.

Muhyiddin berkata, mandat perlu dikembalikan kepada rakyat untuk membuat keputusan setelah wakil rakyat PN yang dipilih dalam pilihan raya umum (PRU) lalu mengkhianati parti dengan menyokong kerajaan.

Sebelum ini, enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Anwar adalah Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Susulan itu, Perhimpunan Agung Khas Bersatu pada 2 Mac lalu meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung pelucutan keahlian parti bagi ahli Parlimen dan ADUN serta Ahli Dewan Negeri yang menyokong mana-mana pihak yang bertentangan dengan parti atau musuh.

Bagaimanapun, pada 6 Mac, ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari pula mengisytiharkan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.053004 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list