CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21353|Reply: 0

[Kedah] Tawar berbuka puasa percuma sepanjang Ramadan

[Copy link]
Post time 16-3-2024 07:01 PM | Show all posts |Read mode
Tawar berbuka puasa percuma sepanjang Ramadan

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

16 Mac 2024 01:10pm








Mohd Azrul (kanan) bersama sukarelawan menyediakan nasi daging untuk pengunjung Kafe Makan Percuma di Jalan Sultanah, pada Jumaat.




ALOR SETAR - Pertubuhan Bank Makanan Malaysia (Food Bank Malaysia) membuka Kafe Makan Percuma di Jalan Sultanah, di sini untuk memberi peluang golongan kurang berkemampuan berbuka puasa secara percuma pada bulan Ramadan.

Pengasasnya, Mohd Azrul Mohd Razak berkata, pihaknya ingin memastikan golongan seperti asnaf, gelandangan dan fakir miskin dapat menjamu selera makanan enak seperti mana individu lain.



Jelas beliau, mana-mana individu yang ingin berbuka puasa boleh terus datang ke kafe pada setiap Jumaat dan tidak perlu bimbang tentang sebarang bayaran.
"Untuk permulaan, kami menyediakan aneka makanan termasuklah nasi daging untuk membolehkan sesiapa sahaja yang datang ke kafe berbuka puasa secara percuma.


"Mereka juga tidak perlu bersusah payah beratur memandangkan makanan siap dihidangkan di setiap meja," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Jumaat.

Beliau berkata, pihaknya merancang untuk memasak menu istimewa berbeza setiap Jumaat supaya dapat menggembirakan hati golongan berkenaan.


Mohd Azrul (kanan) menyusun kuih raya untuk diberikan kepada orang awam bersempena Aidilfitri tidak lama nanti.




Tambah Mohd Azrul lagi, pengunjung kafe juga boleh memilih dan mengambil baju terpakai untuk dipakai mereka selepas selesai menikmati makanan di kafe tersebut.




Jelas beliau, selain berbuka puasa percuma di Food Bank Malaysia pada Jumaat, pihaknya turut menaja asnaf, gelandangan, fakir miskin, orang kurang upaya (OKU) dan pelajar tahfiz terpilih sepanjang Ramadan.

"Selain Kafe Makan Percuma, kita juga akan melaksanakan projek Singgah Sahur demi menyantuni golongan gelandangan sempena bulan Ramadan ini selain turut menyediakan bantuan lain termasuklah bakul makanan dan kelas Up Skill untuk mereka," katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank 5520 9523 6240 atas nama Pertubuhan Bank Makanan Malaysia.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.055528 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list