CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19530|Reply: 0

[Pahang] Bot nelayan Vietnam ditahan selepas lebih sejam dikejar

[Copy link]
Post time 16-3-2024 08:15 PM | Show all posts |Read mode
Bot nelayan Vietnam ditahan selepas lebih sejam dikejar

OlehNORAWAZNI YUSOF

16 Mac 2024 12:25pm








Bot nelayan asing berjaya ditahan Maritim Malaysia Pahang pada Khamis. Foto Maritim Malaysia Pahang




KUANTAN - Tindakan bot nelayan asing dari Vietnam melarikan diri sebaik dikesan menceroboh perairan Pulau Tioman gagal apabila dipintas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada Khamis lalu.

Bot asing itu berjaya ditahan selepas lebih sejam dikejar Maritim Malaysia di perairan itu.



Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, pihak mengesan sebuah bot nelayan yang bergerak dalam keadaan mencurigakan ketika pasukan udara menjalankan rondaan penerbangan.

Menurutnya, susulan itu, pihak penguatkuasa Maritim Malaysia yang terlibat dalam rondaan Op Makmur dan Op Tiris diarahkan segera memeriksa bot tersebut.



"Kita berjaya menahan bot nelayan terbabit pada kedudukan lebih kurang 35 batu nautika di timur laut perairan Pulau Tioman selepas enggan memberikan kerjasama.

"Bot nelayan terbabit berjaya dipintas selepas lebih sejam dikejar.

“Hasil penggeledahan mendapati enam kru termasuk tekong berumur dalam lingkungan 19 hingga 37 tahun berada di atas bot yang kesemuanya adalah lelaki warganegara Vietnam," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.


Bot nelayan ditahan pada kedudukan lebih kurang 35 batu nautika di timur laut perairan Pulau Tioman. Foto Maritim Malaysia Pahang.








Beliau berkata, kesemua kru yang ditahan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan mengemukakan lesen bot yang meragukan.

Ujarnya, selain itu, tidak mempunyai kebenaran untuk melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan negara.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, semua kru bot ditahan termasuk bot dan turut dirampas hasil tangkapan laut sebanyak 250 kilogram.




Tambahya, jumlah keseluruhan dianggarkan bernilai lebih kurang RM1.7 juta.

"Kesemua kru dan barangan sitaan dibawa ke Jeti Pernepa Kuantan Slipway untuk tindakan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM6 juta bagi tekong dan RM600,000 bagi setiap kru sekiranya disabit salah," katanya.

Sehubungan itu, pihak Maritim Malaysia Pahang menyeru kepada komuniti maritim supaya terus menyalurkan maklumat dengan menjadi mata dan telinga kepasa pasukan penguatkuasa.

Jelasnya, ini bagi mengekang dan memerangi salah laku jenayah laut khususnya melibatkan pencerobohan bot-bot nelayan asing di perairan negara.

Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau kejadian kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09- 5717345 atau melalui talian bantuan kecemasan MERS 999.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.071668 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list