CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19226|Reply: 0

[Kedah] Dangai kukus masih ada peminat

[Copy link]
Post time 16-3-2024 08:40 PM | Show all posts |Read mode
Dangai kukus masih ada peminat

OlehSITI ZUBAIDAH ZAKARAYA

16 Mac 2024 09:10am








Siti Balqis menyiapkan dangai kukus bagi memenuhi permintaan pelanggan sepanjang bulan Ramadan.




SUNGAI PETANI - Kuih dangai yang dihasilkan berasaskan bahan utama iaitu kelapa parut dan dibakar menggunakan acuan berbentuk panjang, masih dijual di beberapa lokasi di negara ini.\

Namun, dangai yang dihasilkan menggunakan kaedah kukus, jarang dilihat serta kurang dikenali.



Siti Balqis Ahmad, 51, berkata, pertama kali mencuba dangai kukus berbentuk bulat yang dijual di sebuah gerai di Kampung Lanai, Baling, Kedah beberapa tahun lalu telah membuatkan dirinya jatuh cinta.

Menurutnya, rasa lemak manis, lembut, enak dan berbeza daripada kuih tradisional lain, membuatkan dirinya terus mencuba dan mengolahnya mengikut resipi tersendiri.




Penggunaan kelapa yang cukup tempoh matang adalah penentu kepada rasa lemak dan manis kuih berkenaan.




"Bila rasa kali pertama, saya dah teringin nak cuba buat dan menjadi. Akhirnya dangai kukus ini jadi salah satu juadah yang saya suka buat," katanya.
Bukan itu sahaja, jelas Siti Balqis, dangai kukus yang dihasilkan kini telah menjana pendapatan keluarga kerana terdapat permintaan di bulan Ramadan.

"Selalunya kuih tradisional ini jarang orang nak buat, ditambah dengan inovasi masakan ke atas beberapa jenis kuih moden menyebabkan kadangkala, kuih lama seperti ini kurang dikenali," ujarnya.




Ulasnya, hanya menggunakan kelapa parut, tepung ubi, gula, garam dan pewarna pandan, ia cukup mudah untuk disediakan.


Dangai perlu dikukus sehingga kira-kira lima minit atau sehingga masak.




"Bagaimanapun, kesukaran mendapatkan buah kelapa yang sesuai dengan tempoh matang untuk dijadikan dangai, antara cabaran yang perlu dihadapi bagi mereka yang tinggal di bandar.

"Yang perlu dititikberatkan ialah penggunaan kelapa yang tidak terlalu tua atau muda sehingga mampu mempengaruhi rasa lemak manisnya, selain itu, kuantiti tepung yang terlalu banyak boleh membuatkannya liat atau keras," katanya.






Kuih dangai kukus yang sedia untuk dimakan.




Ujarnya, cara membuatnya ialah kesemua bahan digaul dan dimasukkan ke dalam acuan, sebelum diletakkan gula merah di bahagian tengah dan dikukus.

"Kukus selama kira-kira lima minit atau sehingga masak, tunggu sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan dan sedia untuk dihidangkan," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.053510 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list