CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18109|Reply: 0

[Pulau Pinang] Rumah Muzik Pulau Pinang tutup sepenuhnya akibat masalah kewangan

[Copy link]
Post time 17-3-2024 12:51 AM | Show all posts |Read mode
Rumah Muzik Pulau Pinang tutup sepenuhnya akibat masalah kewangan


Mac 16, 2024 @ 11:02pm



Paul Augustin menutup pintu masuk PHoM apabila operasinya ditamatkan hari ini.



GEORGETOWN: Rumah Muzik Pulau Pinang (PHoM) yang terletak di aras empat Komtar di sini, akhirnya ditutup sepenuhnya hari ini selepas lebih tujuh tahun beroperasi akibat berdepan masalah kewangan dan kekurangan sokongan institusi.

Tinjauan Bernama mendapati orang ramai terutama pencinta muzik tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan terakhir di galeri menempatkan pelbagai khazanah dan warisan seni kreatif berasal dari Pulau Mutiara itu, yang ditutup pada jam 5 petang.

Pengasasnya, Paul Augustin, berkata pihaknya sudah berusaha sedaya upaya untuk bertahan, namun kekangan dana dalam menguruskan operasi di galeri itu membuatkan beliau akhirnya akur dan mengambil keputusan menutupnya.

"Sebagai anak jati Pulau Pinang, ini bukan satu keputusan yang mudah tetapi saya terpaksa melakukannya. Memang sedih tetapi pada masa sama saya lega sebab saya yang buat keputusan ini. Apabila pengumuman tentang penutupan tempat ini dibuat, ramai yang tampil untuk membantu namun ini mungkin jalan terbaik.

"Sejak lebih setahun lalu saya berfikir tentang perkara ini, bagaimana kami mahu bertahan dengan dalam situasi yang sukar dan akhirnya Februari lepas saya nekad buat keputusan (menutup operasi)," katanya kepada Bernama.

Selain masalah kewangan, Paul mendedahkan PHoM yang terletak di kawasan agak tersorok menyebabkan ramai tidak mengetahui akan kewujudannya biarpun disenarai antara lokasi yang wajib dikunjungi pelancong.

Bagaimanapun, beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri yang memberikan kepercayaan kepada pihaknya selain penggiat seni, sekolah dan universiti yang sentiasa memberi sokongan untuk menghidupkan galeri itu hingga ke hari terakhirnya.

Seorang pengunjung Khor Phaik Hoon, 51, berkata dia mengambil peluang membawa ibu dan dua anak berusia sembilan dan 17 tahun ke PHoM kerana tidak mahu terlepas peluang melihat sejarah yang dipamerkan di situ.

"Sebenarnya saya pun tak tahu ada galeri ini. Ada seorang penumpang dari Kuala Lumpur minta saya hantarkannya ke sini dan beritahu Sabtu adalah hari terakhir. Hari ini cuti sekolah, jadi saya bawa anak dan mak datang ke sini.

"Anak saya paling teruja sebab dapat tengok banyak peralatan muzik yang tak biasa dilihat, mak saya pun peminat P Ramlee, seronok dapat mengenang kembali zaman muda," katanya yang juga pemandu e-panggilan.

PHoM dibuka pada November 2016 dengan dana permulaan RM3 juta dan bantuan Kerajaan Pulau Pinang bermatlamat menggiatkan usaha untuk memelihara dan menghidupkan warisan seni kreatif seperti boria, ronggeng, dondang sayang, inang, joget serta keroncong agar tidak pupus.

Khamis lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow memaklumkan kerajaan negeri memberikan geran berjumlah RM500,000 sejak beberapa tahun lalu kepada pusat itu selain Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil turut meninjau PHoM pada 7 Mac lalu. - BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.061730 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list