CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7739|Reply: 11

[Jenayah] Berita sedih pilu untuk pengampu 'Boss'

[Copy link]
Post time 17-3-2024 09:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by stingerkaypoh at 27-3-2024 03:30 AM

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam dijangka memfailkan semakan kehakiman terhadap pengampunan Datuk Seri Najib Razak selepas usul mencabar tindakan terhadap bekas Perdana Menteri itu diluluskan dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) badan itu hari ini.

Usul mencabar kesahihan pengampunan Najib itu menerima sokongan 238 ahli, dengan hanya seorang ahli yang menentang cadangan terbabit.

Presiden Majlis Peguam yang baharu dilantik pada AGM hari ini, Ezri Abdul Wahab, berkata semakan pengampunan itu akan dilaksanakan dalam tempoh dua minggu lagi.

"Majoriti ahli Majlis Peguam menyokong usul yang dibentangkan hari ini dan ia menjadi tanggungjawab kami untuk memfailkan semakan terhadap langkah pengampunan itu.

"Ia adalah kerana Majlis Peguam bertanggungjawab dalam menjaga kedaulatan undang-undang negara, dan ia (semakan kehakiman) juga menjadi tanggungjawab kami," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat itu.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ezri berkata, Majlis Peguam bersetuju untuk membangkitkan bagaimana proses pengampunan itu berlangsung, yang dilihat dilaksanakan tanpa tindakan yang tepat.

Semalam, media melaporkan bekas presiden Majlis Peguam, Zainur Zakaria, meminta badan itu supaya mempertimbangkan keputusan Lembaga Pengampunan dalam kes Najib.

Usul yang diterbitkan menerusi laman web Majlis Peguam, menegaskan permohonan maaf Najib tidak sepatutnya diproses dan diputuskan kerana beliau hanya menjalani satu setengah tahun daripada hukuman penjara 12 tahunnya dan tidak membayar denda RM210 juta.

Ia juga menyatakan Majlis Peguam menganggap Lembaga Pengampunan bertindak 'ultra vires' atau melebihi Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan apabila memutuskan untuk mengurangkan tempoh penjara Najib separuh dan mengurangkan denda kepadanya kepada RM50 juta.

Pada 2 Februari lalu, Najib dilaporkan diberi pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya sejak 2022, sekali gus menyaksikan bekas Perdana Menteri itu bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Selain pembebasan awal itu, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, turut mengumumkan denda perlu dibayar oleh Najib dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mendapati Najib bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Sehubungan itu, Mohd Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib, dan keputusan berkenaan dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos 2022.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2024 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo majlis peguam buat ni, apa jd dkt Hakim yg ampunkan dgn ydp?

Bnyk entiti yg terlibat dlm proses pengampunan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Boikot majlis peguam
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni Agong/Sultan tak tersinggung & murka pulak ye? Mempertikaikan kebijaksanaan YDPA Agong.

Hadi Bawang baru tegur umum je pasal memartabatkan Islam cepat pula tersinggung.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 12:11 PM | Show all posts
Perwira2022 replied at 17-3-2024 10:48 AM
Yg ni Agong/Sultan tak tersinggung & murka pulak ye? Mempertikaikan kebijaksanaan YDPA Agong.

Hadi  ...

entah lah...

yg aku tau Baginda Sultan Selangor pernah murka ngan :

1) Noosi EmBe Kodah nun

2) Eddy Awe
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 03:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Usul mencabar kesahihan pengampunan Najib itu menerima sokongan 238 ahli, dengan hanya seorang ahli yang menentang


Ada jugak cai…


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2024 04:05 AM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 17-3-2024 12:11 PM
entah lah...

yg aku tau Baginda Sultan Selangor pernah murka ngan :

3) Nuar Al Juburi sampai Sultan tarik balik title Dato
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 08:08 AM | Show all posts
kes lGE dibebaskan oleh tomy tomato ada majlis peguam kecam dan minta semakan tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2024 08:51 AM | Show all posts
Jangan siasat hakim rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 10:50 AM | Show all posts
Perwira2022 replied at 18-3-2024 04:05 AM
3) Nuar Al Juburi sampai Sultan tarik balik title Dato

la ni Sultan Selangor x komen plak apa2 pasal DSAI


Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2024 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2024 03:29 AM | Show all posts
Perwira2022 replied at 17-3-2024 10:48 AM
Yg ni Agong/Sultan tak tersinggung & murka pulak ye? Mempertikaikan kebijaksanaan YDPA Agong.

Hadi  ...

nak murka kenapa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.619680 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list